Fungsi Cip MyKad, Tips Penjagaan Daripada Rosak & Cara Mudah Ganti

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai MyKad dan bilakah ianya perlu ditukar yang mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengetahuinya.
Isi Kandungan
Apa Itu MyKad?
MyKad ialah Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia, kad pintar yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
Ia berfungsi sebagai bentuk pengenalan utama dan juga menyepadukan pelbagai fungsi seperti lesen memandu, e-tunai untuk pembayaran dan juga maklumat penjagaan kesihatan.
Ia adalah dokumen utama untuk membuktikan kewarganegaraan dan identiti bagi rakyat Malaysia.
Ia mengandungi cip mikro yang menyimpan data peribadi, termasuk maklumat biometrik seperti cap jari dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi.
Di luar pengenalan asas, ia boleh digunakan sebagai lesen memandu, dompet elektronik untuk pembayaran (seperti Touch ‘n Go) dan berpotensi untuk mengakses rekod kesihatan.
Warganegara Malaysia diwajibkan untuk memiliki Kad Pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun.
Terdapat juga MyPR (untuk pemastautin tetap), MyTentera (untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia) dan MyPolis (untuk anggota Polis Malaysia), yang merupakan variasi MyKad dengan ciri yang serupa.
Fungsi cip Kad Pengenalan sangat penting walaupun ianya kecil sahaja, iaitu cip itu penting untuk:
- Pengesahan Identiti.
- Urusan Perbankan.
- Klinik Kerajaan.
- Pendaftaran Sekolah.
- Pengeluaran Bantuan STR.
Kad Pengenalan yang rosak boleh menganggu urusan-urusan penting. Jika Kad Pengenalan anda sukar diimbas, cip rosak atau fizikal kad tercalar, segeralah membuat penggantian.
Selain untuk kegunaan sebagai dokumen rasmi, Kad Pengenalan juga digunakan pada pelbagai program dengan berbagai tujuan.
Antara program terkini yang menggunakan Kad Pengenalan sebagai dokumen wajib adalah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Jadi, jika Kad Pengenalan rosak, pasti ianya akan menjadi satu masalah besar untuk anda.
Justeru, bila perlu tukar Kad Pengenalan? Tanda-tanda perlu tukar Kad Pengenalan yang rosak adalah seperti berikut:
| Kad Gagal Dibaca | Tidak boleh diimbas di mesin atau kiosk layan diri (self-service kiosk) |
| Urusan Ditolak Oleh Bank Atau Agensi Kerajaan | Sistem tidak dapat mengesan data daripada kad anda. |
| Perlu Dicuba Banyak Kali Untuk Lepas Imbasan | Tanda cip mula bermasalah dan perlu diganti segera. |
| Kad Rosak Fizikal (Calar, Retak, Bengkok) | Boleh menjejaskan cip dan fungsi kad sepenuhnya. |
| Kad Terlalu Lama (Lebih 10 Tahun) Digunakan | Risiko cip haus, data terpadam atau gagal berfungsi. |

Tips Penjagaan MyKad
Menjaga keadaan fizikal MyKad adalah tanggungjawab setiap pemilik.
Berikut merupakan tips penjagaan MyKad yang dikongsikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia yang boleh membantu anda untuk mengelakkan kerosakan dan mengelakkan daripada dikenakan cas bayaran gantian, iaitu:
- Simpan dalam bekas kad.
- Jangan bengkok atau lipat.
- Elak air dan haba tinggi.
- Jangan letak dekat dengan magnet.
- Elak geseran kasar.
- Elak masukkan ke mesin yang tak dikenali.
Cara Mudah Ganti MyKad Rosak
Jika MyKad rosak, anda boleh menukarnya dengan mudah melalui saluran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Langkah-langkah untuk proses gantian MyKad yang rosak adalah seperti berikut:
- Hadir ke cawangan JPN.
- Ambil nombor giliran kategori ‘ROSAK’.
- Serahkan MyKad dan maklumat diri.
- Bayar cas penggantian. Bayaran sebanyak RM 10 akan dikenakan.
Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian (online) atau melalui perkhidmatan Bas Mekar atau melalui perkhidmatan Van Mekar atau melalui perkhidmatan My-Phone In.
Permohonan gantian Kad Pengenalan yang rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
Tempoh gantian Kad Pengenalan di JPN Ibu Pejabat Negeri, JPN Cawangan UTC dan JPN cawangan terpilih adalah selama 30 minit.
Tempoh gantian Kad Pengenalan di JPN cawangan lain adalah selama lima (5) hari bekerja di Semenanjung Malaysia dan selama tujuh (7) hari bekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Tempoh ini terpakai untuk permohonan gantian Kad Pengenalan tanpa sebarang komplikasi.

Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan MyKad, sila membuat pertanyaan melalui e-Pertanyaan (SISPAA JPN) atau terus hubungi talian 03 – 8000 8000.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!




