Sumber Rujukan Globalisasi Anda

IDAMAN PARA ISTERI, RUNSING PARA SUAMI

Para isteri pasti mengidamkan pembantu di rumah, bukan sahaja memudahkan kerja tetapi lebih pantas dalam melakukan tugasan harian lebih-lebih lagi bagi ibu yang mempunyai anak yang ramai . Hendak mengambil pembantu rumah risau pula dengan pelbagai kes yang terjadi di kalangan masyarakat kini seperti pembantu rumah merampas suami, melarikan diri, tidak amanah kepada majikan dan pelbagai masalah lagi. Jadi para isteri pasti mengidamkan sesuatu yang mampu meringankan kerja seharian.

SENARAI IDAMAN PARA ISTERI

Ini antara peralatan terkini yang menjadi idaman para isteri :

Periuk noxxa (pressure cooker)

Kenapa semakin ramai suri rumah, pelajar dan malah ibu bapa yang ingin periuk tekanan noxxa! Ia kerana:-

1. Ia Menjimatkan Masa, Masak Lebih Cepat
Ia menjimatkan masa memasak sehingga 60% daripada kadar biasa. Campak, campur dan tinggalkan urusan memasak kepada Noxxa. Memasak nasi contohnya. Ia mengambil masa hanya 7 minit sahaja.

2. Nutrien Makanan Kekal Dengan Rasa Yang Enak
Semakin lama anda memasak makanan dan sayuran, semakin banyak nutrien yang baik akan terhapus! Oleh kerana memasak dengan periuk tekanan masakan lebih cepat siap, jadi kandungan nutrien hidangan anda masih banyak dan segar!

3. Mudah Kemas Mudah Basuh
Oleh sebab anda memasak dengan satu periuk tekanan, jadi anda hanya perlu bersihkan satu peralatan sahaja. Masukan semua bahan ke dalam pot dan tunggu sehingga masak. Jadi anda berpeluang berehat lebih awal.

4. Makan Sedap Setiap Malam
Bagi yang suka makan nasi arab, ia adalah hidangan istimewa yang lazat. Masa menyediakan semua hidangan pun agak panjang dan biasa masak pada hari minggu atau hari cuti sahaja. Dengan periuk tekanan, kini masa memasak dan persediaan hidangan semakin cepat! Anda boleh makan nasi arab tiap tiap malam jika mahu.

5. Jimat Tenaga Jimat Wang
Dengan periuk tekanan, anda tak perlu risau tentang bekalan gas, tiupan angin dan kos kos lain. Periuk tekanan memasak dengan cepat, jadi lebih kurang tenaga yang digunakan. Anda lebih jimat daripada beli tong gas attau bayar elektrik berlebihan.

6. Memasak Dengan Nyaman Tanpa Rasa Bahang Dapur
Seperti dapur tungku gas, ia memanaskan dapur anda keseluruhannya kerana haba sentiasa berpusing di sekitar dapur anda. Tapi anda boleh relak sikit dengan periuk tekanan Noxxa. Ini kerana ia menyimpan dan mengekalkan haba masakan dalam periuk dengan sistem penebat haba dalaman yang direka supaya pengeluaran haba ke persekitaran anda adalah minimum. Jadi haba tersebut digunakan sepenuhnya untuk memasak.

7. Boleh Buat Stok Makanan Untuk Simpan Lama
Tau kan, kita boleh buat ikan seperti ikan sardin dalam tin dengan periuk Noxxa? Ya, banyak lagi yang boleh dilakukan sebenarnya. Dengan fungsi masak dalam tekanan tinggi, bakteria dan kuman mudah dihapus, jadi makanan yang baru dimasak boleh terus dibekukan dalam bekas kedap untuk mengawet secara semulajadi. Jadi ia tahan lama dan boleh dipanaskan semula bila nak makan nanti.

Iron philips 

IDAMAN PARA ISTERI, RUNSING PARA SUAMI 1
IDAMAN PARA ISTERI

Kalau sebut Steam Iron Philips rasanya semua orang dah tahu pasal kehebatan iron philips ini. Memang idaman setiap wanita la rasanya kan. Terutamanya ibu-ibu yang ada anak yang dah bersekolah dan jugak mereka yang bekerja pakai uniform dan baju kurung selalu. Memang wishlist item la iron ini. Ini antara kelebihan iron ini :

  • Dijamin tidak meninggalkan kesan terbakar pada semua pakaian yang boleh diseterika.
  • Smart Calc-Clean, fungsi penyahkerakan dan pembersihan bersepadu melindungi seterika.
  •  Kunci pembawa pintar bersepadu untuk keselamatan dan mengangkut lebih mudah dengan sebelah tangan.
  •  Stim sedia digunakan dalam masa 2 minit dan boleh diisi semula pada bila-bila masa semasa menyeterika.
  •  Fungsi keselamatan automatik untuk penjimatan tenaga.

Dryer

IDAMAN PARA ISTERI, RUNSING PARA SUAMI 2
IDAMAN PARA ISTERI

Dengan adanya dryer machine ni memang sangat membantu dan dapat menjimatkan masa. Berikut di senaraikan kebaikan dryer atau mesin pengering baju ini:

  1.  Tidak perlu lagi jemur baju di ampaian.
  2.  Tidak perlu lagi angkat baju di ampaian.
  3. Tidak perlu lagi ke kedai dobi layan diri untuk keringkan baju.
  4. Masa yang digunakan untuk jemur baju di ampaian atau angkat baju daripada ampaian boleh digunakan untuk buat benda lain.

Thermomix

IDAMAN PARA ISTERI, RUNSING PARA SUAMI 3
IDAMAN PARA ISTERI

Ini yang paling terbaru menjadi idaman para isteri. Ia digelar ‘bibik german’. Semua kerja di dapur bibik ini boleh lakukan tetapi harganya buat para suami garu kepala. Mari kita lihat kelebihan thermomix ini :

-Menyenangkan urusan memasak. Cepat dan mudah. Pilih resepi di screen, kemudian       masukkan bahan-bahan je, lepas tu boleh tinggalkan Bibik Jerman ni masakkan.

-Dapur tak bersepah sebab Thermomix boleh ganti 20 alatan dapur yang lain.

 Ada function self cleaning, yang ni memang heaven sangat.

.
Kekurangan Thermomix:

-Kecil. Tak sesuai masak banyak untuk lebih 10 orang. Thermomix hanya sesuai untuk keluarga yang ada 10 orang ke bawah. Sekarang susah nak jumpa keluarga yang ada lebih 10 orang.

-Harganya mahal. RM6688. Tapi dengan kelebihan dan kegunaannya kalau harga RM15,000 pun masih berbaloi.

-Terlalu moden. Ada orang suka old school, suka masak cara lama, kena berdiri lama, banyak guna perkakas pun tak apa. Thermomix ni masak cara moden dan relax.

– Mudah rambang mata sebab terlalu banyak resepi yang ada dalam Thermomix. Lebih 55 ribu resepi dari seluruh dunia, pre-programmed. Takut asyik layan tengok gambar resepi je kat screen Thermomix terlupa nak masak.

– Tak boleh guna jika black out tak ada elektrik.

– Jadi berebut nak masak kat dapur. Semua orang tiba-tiba pandai masak sebab Thermomix guide step by step, klik next next je terus siap

Inilah antara peralatan idaman para isteri di rumah. Tetapi lihat sahaja pada harga setiap satu barangan memang agak mahal tetapi berbaloi untuk para isteri memilikinya. Para suami pula runsing mencari wang untuk memenuhi permintaan isteri, tetapi jika ia memudahkan para isteri apa salahnya kan? Penuhi IDAMAN PARA ISTERI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More