Sumber Rujukan Globalisasi Anda

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai

Semenjak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pelbagai menu makanan susah untuk kita nikmati. Hendak pergi beli pun yang jauh jadi terpaksalah pendam sahaja hasrat itu. Bagi yang mengidam hendak makan meatball IKEA ini resepi yang telah dikongsikan oleh Zan Zafirah Zainal.

Isi Kandungan

RESEPI MEATBALL IKEA

Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.

Resepi ada dalam gambar pertama. Selamat berpuasa semua!

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 1
 

Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.

Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:

-750g daging cincang

-100g serbuk roti

-1 biji bawang besar – cincang halus

-1 ulas bawang putih – cincang halus

-1 biji telur

-5 sudu besar susu full cream

-Garam dan lada hitam

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

resepi meatball
resepi meatball

2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 2
resepi meatball

3. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti. Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 3
resepi meatball

BAHAN BUAT GRAVY

-40g mentega

-40g tepung gandum

-2 kiub pati daging

-300ml air

-2 sudu kecil kicap lemak manis

-1 sudu kecil Dijon mustard

-150ml krim masakan/dairy whipping cream

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 5

3. Masukkan 300ml air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 6

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu.

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 7
IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 8
IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 9

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 10
IKEA kongsi resepi meatball kegemaran ramai 11

Sumber: Zan Zafirah Zainal

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More