Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ingkar SOP : Pasangan pengantin serta 17 rakan dikompaun

Kerana ingkar SOP, pasangan pengantin baharu dan 17 rakan mereka ditahan dan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Taman Nilam di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, pengantin lelaki berusia 28 tahun dan pasangannya yang berusia 24 tahun, berserta 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon ditahan polis ketika merakam gambar secara berkumpulan

Ingkar SOP, 19 individu ditahan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, anggotanya yang sedang membuat rondaan ketika itu telah mengesan seramai 19 individu berusia di antara 18 dan 27 tahun.

“Mereka memakai baju sedondon dan didapati berkumpul dan bergambar di hujung sebatang sungai berhampiran rumah kongsi perusahaan ikan bilis di Taman Nilam.

“Semua individu terbabit terdiri dua lelaki dan 17 wanita adalah penduduk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

FOTO tular menunjukkan rakan pengantin. Foto tular menunjukkan rakan pengantin.

Shariman berkata, hasil siasatan mendapati kesemua individu terbabit kebanyakannya tinggal di kawasan berhampiran dan beralamat di Taman Nilam. Mereka dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp yang berdurasi 23 saat memaparkan rangkuman aktiviti sekumpulan individu termasuk pasangan pengantin berpakaian sedondon ditahan polis.

Lagi berita berkaitan Covid-19

Sumber : Metro

 

 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More