Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Inisiatif Tambang Percuma “myBAS KONSESI” 2023

Inisiatif Tambang Percuma adalah salah satu inisiatif baharu Kerajaan yang telah berkuatkuasa pada 15 Ogos 2023 bagi perkhidmatan bas henti-henti iaitu myBAS.

Warga Seremban, Ipoh dan Johor Bahru yang layak bakal menikmati tambang percuma dengan “myBAS KONSESI” di sepanjang laluan perkhidmatan myBAS.

Tahukah anda apakah itu myBAS dan adakah anda layak menerima tambang percuma ini?

Isi Kandungan

Apa Itu myBAS?

myBAS menyediakan kemudahan transport untuk menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisyen melalui jadual masa yang telah ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang-alik ke tempat kerja, sekolah dan pelbagai lokasi lain.

Inisiatif Tambang Percuma “myBAS KONSESI”

Kementerian Pengangkutan (MOT) menyediakan Inisiatif Tambang Percuma menerusi inisiatif “myBAS KONSESI” bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS, mulai 15 Ogos 2023.

Menterinya, Anthony Loke berkata inisiatif menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) itu dilaksanakan di tiga bandar iaitu di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru.

Dijangka lebih 2,500 pengguna golongan sasar akan menikmati manfaat subsidi kos perjalanan di ketiga-tiga bandaraya tersebut.

Beliau berkata, Inisiatif Tambang Percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti disasarkan kepada golongan

  • Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Warga emas.
  • Kanak-kanak.
  • Pelajar sekolah berumur tujuh hingga 17 tahun.

Selaras dengan konsep Ekonomi Madani, inisiatif SBST ini membantu penambahbaikan rangkaian pengangkutan awam dalam bandar, jaringan pertama dan terakhir di ketiga-tiga bandar raya selain mengurangkan kos sara hidup kepada golongan sasar.

Pelaksanaan tambang percuma kepada golongan sasar akan diperluaskan ke program SBST di negeri-negeri lain secara berperingkat.

Inisiatif Tambang Percuma

Inisiatif Tambang Percuma

Inisiatif Tambang Percuma

Syarat Kelayakan Inisiatif Tambang Percuma

Pas Transit “myBAS KONSESI” ini adalah khas untuk

  1. Pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  2. Warga Emas berumur 60 tahun ke atas.
  3. Kanak-kanak dan pelajar berumur 7-17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBAS.
  4. Sebagai tambahan, kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah juga boleh menaiki myBAS Seremban, Ipoh dan Johor Bahru secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan.

Cara Permohonan Inisiatif Tambang Percuma

Mereka yang berkelayakan boleh mendaftar di kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKAD, MyKID atau MyTentera.

Lokasi Pendaftaran “myBAS KONSESI”

Lokasi-lokasi pendaftaran untuk Inisiatif Tambang Percuma myBAS ini adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Seremban
    • Stesen Bas Bahau
    • Terminal Bas Tampin
    • Nilai Sentral
    • Terminal Bas Port Dickson
    • Terminal 1 Seremban
  2. Ipoh
    • Stesen Bas Medan Kidd
  3. Johor Bahru
    • KSL City Mall
    • TF Value Mart (Nusa Bestari)
    • Terminal Bas Gelang Patah
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
    • Terminal Bas Kulai
    • JB CIQ

Apa Itu Program SBST?

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti atau SBST merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di bandar-bandar utama yang menghubungkan kawasan luar bandar agar lebih efisyen dan boleh diharap.

Dengan jenama perkhidmatan myBAS, ia telah dilaksana di

  1. Kangar.
  2. Seremban.
  3. Ipoh.
  4. Kuala Terengganu.
  5. Johor Bahru.

Perkhidmatan ini dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pelaksanan program SBST.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Inisiatif Tambang Percuma ini, sila rujuk saluran berikut:

Semoga perkongsian tentang Inisiatif Tambang Percuma ini bermanfaat untuk anda semua!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More