Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif Kad Diskaun Khas Pengusaha Menu Rahmah 2023

Insentif Kad Diskaun Khas Pengusaha Menu RAHMAH kini telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi meningkatkan lagi program Menu RAHMAH.

Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Pada 31 Januari lalu, inisiatif Menu RAHMAH telah dilancarkan dan sebanyak 15,000 premis menjual makanan turut serta melaksanakan usaha berkenaan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Di samping itu, ketika ini terdapat 2,849 premis berdaftar yang menawarkan Menu RAHMAH di seluruh negara.

Sejajar dengan hasrat memberikan insentif penghargaan kepada pengusaha Menu RAHMAH, KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Pengusaha Menu RAHMAH.

Isi Kandungan

Insentif Kad Diskaun Khas Pengusaha Menu RAHMAH

Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH merupakan inisiatif bersama 6 pasar raya (AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE) selaku rakan strategik KPDN yang menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

Antara barangan yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu RAHMAH yang sudah diluluskan penyertaan dalam program ini adalah barangan mentah seperti

  • ayam,
  • bawang, dan
  • barang asas makanan.

Inisiatif ini adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu RAHMAH sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran dan menghargai usaha murni pengusaha Menu RAHMAH.

Insentif Kad Diskaun Khas

Insentif Kad Diskaun Khas

Syarat Kelayakan Permohonan Insentif Kad Diskaun Khas

Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan Insentif Kad Diskaun Khas ini, anda mestilah mematuhi syarat-syarat permohonan seperti yang dipaparkan di bawah.

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berdaftar sebagai Pengusaha Menu RAHMAH di bawah KPDN.
  3. Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) & Pihak Berkuasa Tempatan.
  4. Perniagaan adalah berstatus Enterprise bagi Semenanjung Malaysia dan berdaftar dengan PBT bagi Sabah / Sarawak.
  5. Tempoh pelaksanaan Menu RAHMAH sekurang-kurangnya 6 bulan.
  6. Menawarkan Menu RAHMAH berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Insentif Kad Diskaun Khas

Cara Membuat Permohonan Insentif Kad Diskaun Khas

  • Permohonan bagi Insentif Kad Diskaun Khas ini dibuka mulai 2 November 2023 melalui portal khusus kepada Pengusaha Menu RAHMAH.
  • Semua pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat untuk menawarkan Menu RAHMAH bolehlah mendaftar segera di pautan dibawah dan boleh menikmati diskaun khas ini kelak.

>>>Permohonan Insentif Kad Diskaun Khas Pengusaha Menu RAHMAH<<<

  • Pada bahagian menu di bahagian atas halaman tersebut, klik pada “Daftar Kad Diskaun Khas”.
  • Sehingga kini, sebanyak 43 permohonan kad ini telah diterima sejak inisiatif tersebut mula dilancarkan pada 2 November, baru-baru ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Insentif Kad Diskaun Khas ini, anda boleh hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03 – 8882 5881 / 5905 atau melalui e-mel kepada [email protected].

Diharapkan info terkini tentang Insentif Kad Diskaun Khas ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya semua Pengusaha Menu RAHMAH.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More