Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 1/2025

Berikut dikongsikan mengenai Insentif Mahasiswa Anak Johor bagi tahun 2025 yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Mengenai Insentif Mahasiswa Anak Johor
Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk menyalurkan Bantuan Tunai secara One-Off sebanyak RM200 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor seluruh Malaysia.
Selaras dengan Objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan Anak Negeri Johor.
YPJ terus komited dalam memperkasakan anak Johor melalui pelbagai inisiatif pendidikan dan sokongan kewangan. Manfaatkan bantuan ini demi kelangsungan pengajian anda.
Insentif ini diberikan sebagai bentuk sokongan awal pembelajaran dan disalurkan terus ke eWallet Touch ‘n Go, yang kini diintegrasikan bersama Kad Siswa Johor (Kad Visa) yang mudah, pantas dan tanpa tunai.
Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 1/2025 kini dibuka bermula 21 April 2025 sehingga 5 Mei 2025.

Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon Insentif Mahasiswa Anak Johor 2025 ini mestilah memenuhi semua kriteria-kriteria kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Mahasiswa yang lahir ATAU menetap di Negeri Johor, dan sekiranya menetap, tempoh menetap hendaklah tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Pelajar IPTA Sepenuh Masa: (Universiti, Politeknik & Kolej / Institusi) di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda – Rujuk Senarai MQA.
- Pelajar IPTS Sepenuh Masa: Kumpulan Pendidikan YPJ di peringkat Sijil atau Diploma.
- Pelajar Program Matrikulasi Sepenuh Masa.
- Terbuka: Tiada Had Tahun Pengajian.
- Tiada Had Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 1/2025 kini dibuka sehingga 5 Mei 2025 (Isnin) dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:
>>>Permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor Sesi 1/2025<<<
Permohonan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh YPJ.
Pihak YPJ boleh menolak permohonan anda sekiranya maklumat yang diisi tidak sahih atau lengkap.
Sekiranya pelajar didapati mengisi maklumat palsu atau melanggar syarat-syarat permohonan, pihak YPJ boleh mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Keterangan 1965.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Insentif Mahasiswa Anak Johor ini, sila rujuk Portal Bantuan Pelajaran YPJ atau terus hubungi 019 – 7807 355 atau e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!