Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif Menggalakkan Pendaftaran Imunisasi

Galakkan rakyat untuk pendaftaran Imunisasi

galak

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 akan dibenarkan merentas negeri, malah dijangka boleh ke luar negara tertentu, disifatkan boleh menjadi penggalak pendaftaran dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana masih ramai yang belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin berkenaan.

“Sekarang, ramai yang tunggu dan lihat. Mungkin kalau boleh insentif seperti itu, ramai yang akan mendaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penamaan Kenderaan Perisai Mobiliti Tinggi 4×4 (HMAV4x4) Pertama Malaysia di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ismail Sabri berkata, ia belum dibincangkan secara terperinci dan menyeluruh.

Justeru, beliau memaklumkan, perkara itu akan dibawa ke sesi mesyuarat MKN pada minggu depan.

Sumber Berita Harian

Artikel lain:  KPKT Galak Komuniti Sertai Latihan Keselamatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More