Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif MyCRS 2023 (Subsidi Pembelian Car Seat Kanak-Kanak)

Insentif MyCRS 2023 merupakan satu program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak atau pun dikenali sebagai subsidi pembelian car seat (CRS) terbuka untuk golongan kumpulan B40 dan M40.

Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Justeru, diharapkan dengan wujudnya program ini, penggunaan car seat dapat ditingkatkan di kalangan orang awam bagi menjaga keselamatan kanak-kanak tanpa sebarang masalah bagi yang tidak mampu untuk membelinya.

Isi Kandungan

Insentif MyCRS 2023

Kerajaan meneruskan keprihatinan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak menerusi program MyCRS 2023.

Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.

Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian.

Jadi, berapakah jumlah Insentif MyCRS 2023 yang akan diberikan kepada mereka yang layak?

Melalui program ini, jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat sendiri oleh penerima insentif.

Insentif MyCRS 2023

Syarat Kelayakan 

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan penerima Insentif MyCRS 2023:

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia.
  4. Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

Cara Semakan Kelayakan

  • Anda boleh membuat semakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan dan semakan kelayakan boleh dibuat bermula 19 Jun 2023. 
  • Pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.
  • Tempoh penebusan Insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.
  • Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus Insentif MyCRS 2023 ini dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.
  • Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang Insentif MyCRS 2023 bermula 1 Julai hingga 15 September 2023.

Senarai Kedai Untuk Membuat Penembusan

Pembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar.

Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual. Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi ini tidak dapat dibuat.

Pembelian boleh dibuat di kedai-kedai barangan bayi yang berdaftar bagi program MyCRS. Senarai kedai / wakil penjual boleh di dapati DISINI.

Cara Membuat Penembusan 

Anda boleh menebus Insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS.

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

  • Salinan MyKad pemohon; dan
  • MyKid / Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; atau
  • Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

Insentif MyCRS 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Insentif MyCRS 2023 ini, sila muat turun

  1. Soalan lazim untuk penerima MyCRS DISINI.
  2. Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak MIROS DISINI.

Semoga perkongsian ini dapat memberi gambaran dan panduan untuk memilih car seat yang sesuai untuk anak anda nanti. Semoga bermanfaat!

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More