Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) Terkini Oktober 2023

Insentif Pengeluaran Lateks yang terkini telah diumumkan untuk pekebun yang terlibat.

Program Insentif Pengeluaran Getah (IPL) diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dengan menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui peniaga getah atau koperasi serta menggalakkan untuk mengeluarkan lateks bagi menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran.

Kerajaan turut memberi insentif tunai sebanyak RM1 per kg bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) untuk menggalakkan penyertaan dalam Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang insentif ini kepada pekebun yang terlibat.

Isi Kandungan

Insentif Pengeluaran Lateks

Pada 23 Oktober 2023, YAB Dato’ Sri Hj Fadillah Bin Hj Yusof telah melancarkan Projek Rintis Model Baharu Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Kemampanan Getah Asli Malaysia / Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) di Sungkai, Perak.

Program IPL yang diperkenalkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bertujuan untuk membantu pekebun kecil getah untuk menambah pendapatan dengan memberi galakan untuk beralih kepada penghasilan susu getah (lateks) berbanding getah sekerap (cuplump) dan membantu menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran.

Melalui model baharu IPL ini, model perniagaan bekalan lateks yang lebih berkesan telah dibangunkan dengan memendekkan rantaian pemasaran melalui jualan lateks daripada pekebun kecil secara terus kepada kilang pemproses. Ini sekaligus meningkatkan harga jualan lateks dan pendapatan pekebun kecil getah.

Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) merupakan pengiktirafan kemampanan melalui kaedah kawal selia yang dikuatkuasakan di bawah Akta LGM 1996 (Akta 551) di mana LGM adalah satu-satunya badan yang diberi kuasa dalam melaksanakan pematuhan kepada kemampanan getah asli keluaran tempatan menggunakan lima prinsip MSNR.

Pelaksanaan projek rintis ini adalah amat penting bagi membuat penilaian impak dan risiko pematuhan MSNR serta analisis jurang terhadap keberkesanan MSNR dengan fokus terhadap lima (5) prinsip MSNR seperti berikut:

  • Prinsip 1: Tiada penyahhutanan untuk penanaman getah.
  • Prinsip 2: Tiada penerokaan tanah secara haram untuk penanaman getah.
  • Prinsip 3: Kemampanan alam sekitar.
  • Prinsip 4: Pematuhan sosial.
  • Prinsip 5: Kebolehkesanan rantaian bekalan.

Insentif Pengeluaran Lateks

Insentif Pengeluaran Lateks

Insentif Pengeluaran Lateks

4 Insentif Pekebun Kecil Getah Beralih Kepada Pengeluaran Lateks Melalui IPL

Ketika pelancaran Model Baharu Projek Rintis Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan Projek Rintis Getah Asli Mampan Malaysia (MSNR) di Pusat Latihan Statistik Sungkai, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengumumkan 4 insentif berikut daripada Kerajaan kepada pekebun kecil getah yang beralih kepada pengeluaran lateks melalui IPL iaitu:

  1. Bayaran insentif penyertaan RM200 sebulan.
  2. Insentif bulanan pengeluaran lateks berjumlah RM2 sekilogram berdasarkan 100 peratus kandungan getah kering.
  3. Bayaran insentif galakan berjumlah RM100 setiap bulan dengan tempoh terhad selama setahun.
  4. Insentif produktiviti berdasarkan produktiviti tahunan yang mencapai sasaran produktiviti antara 1,000 ke 1,499 kilogram bagi setiap hektar setahun (Kluster 1) dan 1,500 kilogram ke atas setiap hektar setahun (Kluster 2).

Program IPL bertujuan membantu pekebun kecil getah menambah pendapatan mereka dengan galakan untuk beralih kepada penghasilan lateks berbanding getah sekerap.

Program yang dilaksanakan melalui LGM itu merupakan projek rintis selama setahun melibatkan beberapa negeri iaitu Perak, Kedah dan Sabah dengan anggaran peserta seramai 1,500 dan tiga kilang pemperosesan.

Insentif Pengeluaran Lateks

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut yang terkini berkenaan Insentif Pengeluaran Lateks seperti harga getah / lateks (IPG / IPL) serta pembayaran, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info terkini tentang Insentif Pengeluaran Lateks ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua pekebun kecil getah.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More