Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 akan diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor kepada wanita-wanita bekerjaya di Negeri tersebut.

Program Mamakerja ini diwujudkan untuk menghargai wanita bekerja melalui pemberian bantuan bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak.

Isi Kandungan

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Mamakerja merupakan antara janji 100 hari Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program 5 Tekad untuk 5 Tahun.

Seramai 5,000 wanita bekerja akan menerima insentif berjumlah RM1,000 dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM5 juta.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong wanita untuk kekal bekerja kerana keterlibatan wanita dalam pekerjaan akan menyumbang secara langsung kepada kemajuan ekonomi negeri.

Insentif ini bertujuan membantu meringankan beban wanita bekerja terhadap penjagaan anak-anak, sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke pusat pendidikan dan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

Antara kriteria-kriteria individu yang layak menerima insentif ini adalah:

  1. Wanita bekerja dan mempunyai majikan.
  2. Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin melebihi 10 tahun) dan mengundi di Selangor.
  3. Berpendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke bawah.
  4. Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau iSPEKS (Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan bagi sektor kerajaan)
  5. Bukan penerima insentif program ASUH PINTAR atau BINGKAS atau TUNAS.
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang anak berumur 12 tahun dan ke bawah.

Cara Membuat Permohonan Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023

  • Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini akan diberikan kepada 5,000 orang pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di atas.
  • Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Mamakerja boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Aplikasi Selangkah atau pemohon juga boleh tekan pada pautan dibawah

>>>Semak Status Permohonan<<<

  • Pemohon kemudiannya perlu memuat naik dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut:
    1. Kad Pengenalan pemohon.
    2. Kad Pengenalan pasangan,
    3. MyKid atau Sijil Kelahiran anak / Sijil Anak Angkat.
    4. Salinan penyata gaji pemohon yang terkini.
    5. Salinan penyata gaji pasangan yang terkini atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada penyata gaji.
    6. Salinan penyata bank pemohon.
    7. Penyata KWSP pemohon yang terkini atau penyata EA atau penyata EC.
    8. Dokumen pengesahan pengundi Selangor.
  • Keputusan permohonan akan dikeluarkan selepas tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan dihantar.
  • Penyaluran insentif pula akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh status permohonan berjaya dikemaskini di dalam sistem.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini, anda boleh merujuk Portal Rasmi Program Mamakerja atau anda juga boleh hubungi talian hotline Selcare di 1800-22-6600.

Diharapkan info terkini tentang Insentif RM1000 Program Mamakerja 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More