Sumber Rujukan Globalisasi Anda

#IStandWithIsrael Malaysia Perang Psikologi Terhadap Israel

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dilihat telah mula menggunakan pendekatan psikologi terbalik menerusi tanda pagar #IStandWithIsrael yang mendedahkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Perkataan tersebut menjadi sohor kini di laman Twitter hari ini dan diulang ciap lebih 26,000 kali oleh pengguna media sosial Malaysia.

Menerusi tanda pagar itu netizen berkongsi pelbagai maklumat seperti gambar, lakaran karikatur dan poster yang mengisahkan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis berhubung isu penjarahan Palestin.

Pemilik akaun @GadisKecil menulis, “Sebelum anda bersemangat utuk mengatakan #IstandWithIsrael fikir baik-baik adakah anda akan bersama-sama dengan orang yang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan turut mengebom rumah mereka?,” komennya yang mendapat tanda suka lebih 1,000 kali.

“Sebuah negara yang amat indah dan damai. Mak kau hijau #IStandWithIsrael,” ciap seorang pengguna menggunakan akaun bernama Hariz Noriman.

Selain itu tanda pagar perkataan #VisitIsrael dan #IsraelTourism turut mempunyai matlamat serupa yang bertujuan menyebarkan seberapa banyak mesej kesedaran sekali gus membuka mata masyarakat dunia berhubung keganasan tentera Israel.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Bekas juruterbang tentera Israel kutuk rejim Zionis

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More