Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Isu Veveonah Mosibin – Khairy Jamaludin Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan

Isu Veveonah Mosibin menjadi bualan ramai apabila viral tentang kisah pelajar dari jurusan Asasi Sains UMS itu berada di atas pokok kerana ingin mendapatkan capaian internet yang lebih baik untuk menjawab soalan peperiksaan pada pertengahan Jun yang lalu. Baca disini

Isu Veveonah Mosibin - Khairy Jamaludin Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan 1
Gambar Veveonah diatas pokok yang tersebar di laman sosial.

Oleh kerana tindakan beliau yang amat merbahaya itu dalam video tersebut, ia telah mengundang kecaman netizen terhadap sistem rangkaian internet yang disediakan oleh kerajaan terhadap penduduk luar bandar.

Sempat bertemu Veveonah di UMS. Saya telah mohon maaf kepada beliau dan ibu bapa beliau bagi pihak kerajaan. Saya juga…

Posted by Khairy Jamaluddin on Thursday, September 10, 2020

Isi Kandungan

Khairy Jamaludin Bertemu Dan Memohon Maaf

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyampaikan permohonan maaf kerajaan terhadap Veveonah Mosibin dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah.

Khairy memuat naik di laman facebooknya, dalam pertemuan di Universiti Malaysia Sabah itu, beliau mewakili kerajaan turut memohon maaf kepada Veveonah dan ibu bapanya, atas segala kesulitan yang dihadapi mereka.

“Saya juga telah cadangkan untuk Veve bekerjasama dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), untuk membangunkan projek inovasi di kampung beliau dalam pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

Isu Veveonah Dipolitikkan Dalam Dewan

Isu ini menjadi semakin hangat apabila pada 3 September yang lalu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengatakan bahawa Veveonah hanyalah YouTuber yang memalsukan peperiksaan dalam taliannya.

Zahid berkata, setelah siasatan dijalankan oleh pihaknya melalui Abdul Rahim, Ahli Parlimen Kudat, Veveonah hanya berusaha untuk mendapatkan nama atau publisiti untuk dirinya sendiri dan melakukannya untuk tujuan hiburan semata-mata.

Hasil dari kenyataan daripada dua timbalan menteri itu pantas menerima kecaman dan kritikan warga media sosial termasuklah pemimpin pembangkang antaranya Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang menyifatkan tindakan kedua-dua timbalan menteri sebagai buli siber.

Isu Veveonah Mosibin - Khairy Jamaludin Mohon Maaf Bagi Pihak Kerajaan 2
Rahim perjelas ada kesilapan maklumat dari pihaknya. (gambar ehsan dari Astro Awani)

Hasil Siasatan Pihak Universiti

Namun, setelah mendapatkan situasi sebenar dari pihak universiti, Pengerusi UMS Masidi Manjun mengesahkan bahawa Veveonah sememangnya menduduki peperiksaan akhir semesternya secara dalam talian pada bulan Jun. Sehubungan dengan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin serta merta meminta maaf kepada Veveonah atas kenyataan yang tidak betul yang dibuatnya mengenai pelajar tersebut di Dewan Negara.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More