Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon Tahun 2021/2020

Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan juga 2021 akan dilaksanakan secara serentak tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, ia meliputi pelaksanaan ujian bertulis akan mengikut jadual dan perancangan yang ditetapkan.

“Ia dengan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengoperasian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Sekolah Agama dalam Norma Baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon 2020 Dan 2021

Amali – Telah bermula awal 2021

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

September 2021

  • Ujian Lisan Tadarus & Tilawah
  • Hafazan
  • Tafsir

4-7 Oktober 2021

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon Tahun 2021/2020

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh JAKIM:

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon Tahun 2021/2020

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon Tahun 2021/2020

Jadual Terkini UPKK Bagi Calon Tahun 2021/2020

Beliau menambah, UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Sumber: KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PELAKSANAAN JADUAL UPKK BAGI CALON 2020 DAN 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More