Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jangan Teka Warna Baju Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Saban tahun apabila menjelang Ramadhan dan Syawal, sudah menjadi kewajipan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh bermulanya puasa melalui kaca TV.

Seperti sudah menjadi satu budaya untuk seluruh umat Islam menanti pengumunan tersebut di depan kaca tv masing-masing. Namun sejak kebelakangan beberapa tahun ini, bukan saja pengumuman tarikh puasa yang dinantikan malah turut dinantikan ;apa warna baju melayu tukang umum’.

Sehinggakan ada yang membuat teka-teki dikalangan rakan-rakan untuk meneka colour baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Penulis sendiri turut terjebak meneka warna baju melayu Tukang Umum sejak beberapa tahun yang lalu.

Warna Baju Malam Ini

Kali ini, Ramadhan muncul lagi maknanya malam ini akan ada pengumuman yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui kaca TV. Sekali lagi tular di facebook tekaan warna apakah baju melayu si penyimpan mohor besar Raja-Raja malam ni?

Mohon jangan ambil serius ya, kita cuma suka-suka saja meneka. Jangan pula ada netizen yang sakit ‘jiwa’ nampak orang lain buat tekaan. Jom la teka sekali warna bajunya malam ni.

MAsing-masing ada pendapat sendiri untuk buat tekaan. Jangan gaduh-gaduh ya. apalagi..korang rasa warna apa Baju Melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ni?

Penulis hendak meneka warna Biru dan hijau. Hahahah..bolehkah pilih dua? sukahati penulis la kan. Korang pulak?

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More