Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MBSA Julai 2025

Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MBSA Julai 2025

Maklumat Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Jurutera (Awam) Gred J9Kontrak1RM2,250.00 – RM11,110.0010 Julai 2025
Pegawai Penguatkuasa Gred KP9Kontrak1RM2,250.00 – RM11,110.0010 Julai 2025
Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J9Kontrak1RM2,250.00 – RM11,110.0010 Julai 2025
Pegawai Tadbir Gred N9Kontrak1RM2,250.00 – RM11,110.0010 Julai 2025
Pembantu Khidmat Am Gred H1Kontrak10RM1,500.00 – RM4,680.0010 Julai 2025
Penolong Arkitek Landskap Gred JA5Kontrak2RM1,650.00 – RM6,620.0010 Julai 2025
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5Kontrak1RM1,650.00 – RM6,620.0010 Julai 2025
Penolong Pegawai Pertanian Gred G5Kontrak2RM1,650.00 – RM6,620.0010 Julai 2025
Penolong Pegawai Tadbir Gred N5Kontrak2RM1,650.00 – RM6,620.0010 Julai 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Jurutera (Awam) Gred J9

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,529.00); dan
  2. Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (Gaji permulaan: RM2,690.00).
  3. Keutamaan kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP9

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,250.00); atau
  2. Bekas atau anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan: RM2,250.00); atau
  3. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,470.00); atau
  4. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,580.00).

Jawatan Pegawai Tadbir Gred N9

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan: RM2,250.00); atau
  2. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada IPT tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,470.00).

Jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,500.00); atau
  2. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan: RM1,500.00); atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,561.00); atau
  4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,622.00).

Jawatan Penolong Arkitek Landskap Gred JA5

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Teknologi dalam bidang Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,731.00); atau
  2. Sijil Seni Bina, Sijil dalam bidang Perancangan Bandar atau Kejuruteraan Awam (Seni Bina) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,731.00); atau
  3. Diploma Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,055.00.

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Diploma dalam bidang Kesihatan Persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM 1,974.00).

Jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G5

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,650.00); atau
  2. Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi / Teknologi Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: RM1,974.00); atau
  3. Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,055.00).

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5

Calon lantikan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,650.00); atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,650.00); atau
  3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,650.00); dan
  4. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM1,893.00).

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) pada iKerjaya MBSA sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 10 Julai 2025 (Khamis).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MBSA Julai 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More