Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong MySTEP 2023: Mohon sekarang

MySTEP 2023 membuka peluang kerjaya pada lebih ramai anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda.

Isi Kandungan

Apakah MySTEP

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

jawatn kosong MySTEP 2023

Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 MySTEP telah berjaya mencatatkan jumlah penyertaan sebanyak 64,921 yang mana telah melebihi jumlah sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan. Bagi tahun 2022 pula, MySTEP mensasarkan sebanyak 80,000 peluang penempatan pekerjaan.

Melihat kepada kejayaan program ini pada tahun-tahun sebelumnya, inisiatif MySTEP diteruskan seperti yang telah diumumkan dalam RUU Perbelanjaan Sementara 2023. Pada tahun ini, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC / GLIC dan Rakan Strategik.

Kerajaan berharap menerusi kesinambungan kepada inisiatif ini akan terus memberi manfaat khususnya kepada rakyat Malaysia dalam penempatan pekerjaan yang seterusnya akan mencapai hasrat Kerajaan untuk berada pada kadar guna tenaga penuh dan mengurangkan kadar pengangguran negara.

Syarat Kelayakan MySTEP

Untuk sektor awam kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 ke atas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

Manakala untuk sektor GLC / GLIC / Rakan Strategik pula syarat kelayakan pula seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/GLIC/rakan strategik masing-masing

Tempoh Perkhidmatan

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
  1. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  2. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023 (Bagi Sektor Awam)

Kadar Upah MySTEP

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah dibawah bidang kuasa Pegawai Pengawal berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

Jenis / Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik

Kadar sektor awam:

  • Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas – RM2100
  • Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia – RM1900
  • Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – RM1700
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia – RM1500

Kadar GLC / GLIC / rakan strategik (Saranan Kadar Minimum) (RM)

  • Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas – RM2100
  • Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia – RM1900
  • Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – RM1700
  • Tiada Sijil Pelajaran Malaysia – RM1500

Kemudahan Personel MySTEP

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Sektor Awam

  1. Cuti Rehat: 12 Hari Setahun
  2. Cuti Sakit : 14 Hari Setahun
  3. Perlindungan Sosial : Caruman KWSP dan PERKESO

GLC / GLIC / rakan strategik

  1. Cuti Rehat: Tertakluk kepada struktur program penempatan masing-masing
  2. Cuti Sakit : Tertakluk kepada struktur program penempatan masing-masing
  3. Perlindungan Sosial : Caruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Jawatan Kosong MySTEP 2023

Menurut seperti yang dikongsi oleh laman facebook JABATAN PENERANGAN menunjukkan ada 4 jawatan kosong MySTEP 2023 di Jabatan Penerangan Malaysia. Kongsi mereka:

Iklan Jawatan Kosong Lantikan Personel MySTEP Jabatan Penerangan Malaysia bagi tahun 2023.
**Emel Resume & Sijil berkaitan ke alamat yang tertera.

Butiran Jawatan Kosong MySTEP 2023 Jabatan Penerangan Malaysia boleh rujuk poster di bawah ya.

jawatan kosong mystep 2023

ahagian Penerbitan dan Dasar Negara (BPDN) turut membuka peluang Jawatn Pereka Grafik dan Multimedia.

jawatan kosong mystep 2023

Jawatan kosong MySTEP 2023  di Jabatan Penerangan turut buka peluang kerjaya sebagai Pengaturcara.

Jawatan Kosong MySTEP 2023: Mohon sekarang 1

jawatan kosong MySTEP 2023

Untuk maklumat jawatan kosong MySTEP 2023 yang lain dan untuk isi permohonan boleh terus ke laman website rasmi MySTEP.

Penutup

Sebenarnya MySTEP ini sedikit sebanyak membantu rakyat dan graduan untuk mendapatkan pekerjaan serta pengalaman dalam sektor awam juga sektor GLC. Semoga ia membantu ramai yang sedang menganggur dan bergelut dengan kepayahan mendapatkan pekerjaan.

Untuk makluman lanjut, Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tadbir urus perolehan perkhidmatan Personel MySTEP di bawah inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2023 (“Garis Panduan”) klik DI SINI. 

Info lanjut, boleh hubungi:

Laman Rasmi : https://mystep.mof.gov.my/

Emel : [email protected]

No Telefon : 03-8882 4666

Manakala untuk tahu pelbagai jawatan kosong lain, boleh refer link Kerja Kosong. Semoga bermanfaat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More