Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong UPM 2024

Jawatan Kosong UPM 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UPM 2024

Maklumat Jawatan Kosong UPM 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Eksekutif 3 (Gred PE3)
Taraf JawatanKontrak
Jumlah Kekosongan1
Lokasi PenempatanPusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Jadual GajiRM 3,000.00 – RM 4,900.00
Kemudahan1. Cuti Rehat
2. Cuti Sakit
3. Kemudahan Perubatan Bagi Diri Sendiri Sahaja
4. Caruman KWSP Dan PERKESO
Tarikh Tutup Permohonan19 April 2024 (Jumaat)
Jawatan Kosong UPM 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UPM 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan dan diskripsi tugas yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Jawatan Kosong UPM 2024 1
Jawatan Kosong UPM 2024

Jawatan Pegawai Eksekutif 3 (Gred PE3)

Calon lantikan Jawatan Kosong UPM 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memperolehi Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai pengalaman dalam aktiviti pembangunan pelajar dan kesukarelawan.
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang efisien dan efektif secara lisan dan bertulis serta boleh bekerja dalam pasukan.
  • Mahir dalam pengendalian Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint) dan Aplikasi Google seperti Google Sheet / Google Drive / Google Form.
  • Mahir dalam membuat laporan dan kertas kerja.
  • Mempunyai keterampilan yang baik.
  • Mempunyai pengalaman 1 hingga 3 tahun bekerja dalam bidang berkaitan.

Diskripsi Tugas

Bertanggungjawap dalam urusan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan segala urusan berkaitan aktiviti dan program pembangunan pelajar serta menjalankan fungsi seksyen mengikut yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan & Profesional (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat https://pendaftar.upm.edu.my/documentfile?L=bm beserta

  • Salinan Kad Pengenalan,
  • Salinan Sijil Kelahiran,
  • Sijil Tamat Sekolah,
  • Resume,
  • Sijil / Dokumen Akademik dan Transkrip (termasuk SPM, Diploma / Matrikulasi dan Ijazah) yang telah disahkan, dan
  • Sekeping Gambar Berukuran Pasport.

Sila hantar permohonan melalui e-mel kepada [email protected] atau hantar ke alamat:

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor.

Permohonan yang tidak lengkap diisi, lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan dan diperakui sahaja akan dipanggil melalui atas talian.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 19 April 2024 sebelum jam 12.00 malam.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong UPM 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UPM 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UPM 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More