Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadbod Sebagai Katil? Jepun Cipta Katil Guna Kadbod!

Jepun Guna Kadbod Sebagai Katil Pusat Kuarantin Di Lapangan Terbang

Setiap negara telah menjalankan sistem yang sama di mana jika warga negara mereka dibawa pulang dari luar negara, mereka perlu dikuarantinkan bagi memastikan penyebaran wabak COVID-19 tidak berlaku.

Contoh yang sama berlaku di Malaysia apabila kebanyakan dari mereka yang pulang dari luar negara akan ditempatkan di beberapa pusat kuarantin yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki di Jepun telah berkongsi beberapa gambar kawasan kuarantin sementara yang disediakan oleh kerajaan Jepun.

“Datang dari luar negara, katil kadbod di Lapangan Terbang Narita.

“Saya perlu tidur di sini malam ini. Saya tidak boleh pulang ke rumah sehingga saya mendapat negatif di dalam keputusan ujian COVID-19 saya,” katanya dalam satu ciapan.

Kerajaan Jepun telah menyediakan Lapangan Terbang Narita sebagai tempat kuarantin sementara dengan beberapa susunan kadbod sebagai katil buat mereka yang pulang dari luar negara.

Mereka akan tidur disini buat sementara waktu sambil menunggu keputusan ujian COVID-19 dikeluarkan sebelum ditempatkan di pusat kuarantin yang lain atau dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Untuk rekod, Jepun mencatat lebih 5,000 kes COVID-19 di seluruh negara dengan lebih 700 orang sudah dibenarkan pulang selepas sembuh dari wabak ini. Manakala lebih 80 orang didapati meninggal dunia di Jepun.

Namun, sebagai maklumat tambahan, tempat-tempat tersebut bukanlah tempat kuarantin tetapi lebih kepada tempat tinggal sementara untuk mereka menunggu keputusan ujian COVID-19. Ianya boleh dirujuk di dalam artikel Forbes.

Suasananya sangat berbeza dengan apa yang kita dapat di tempat-tempat kuarantin di Malaysia walaupun di Jepun, ianya hanyalah sebagai tempat tinggal sementara menunggu keputusan ujian COVID-19.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More