Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fenomena Jerebu Rentas Sempadan Melanda Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai fenomena jerebu rentas sempadan yang kini sedang melanda Malaysia dan telah diumumkan oleh Jabatan Meteorologi (MET Malaysia).

Fenomena ini adalah berpunca daripada jerebu rentas sempadan yang dibawa oleh tiupan angin dari kawasan berlakunya kebakaran hutan di Sumatera.

Isi Kandungan

Jerebu Rentas Sempadan Dikesan Di Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Merujuk kepada pencerapan yang dilakukan oleh MET Malaysia, jerebu rentas sempadan didapati sedang melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan analisis daripada imej satelit NOAA-20 pada 18 Julai 2025, laporan yang dikeluarkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC) mendapati terdapat 79 titik panas di kawasan Sumatera yang berkemungkinan menjadi punca kepada keadaan berjerebu berkenaan yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.

MET Malaysia tidak menjangkakan sebarang cuaca hujan atau perubahan arah tiupan angin bagi mengurangkan kesan jerebu berkenaan dalam tempoh beberapa hari ini.

Fenomena jerebu rentas sempadan ini mula melanda beberapa kawasan akibat kebakaran hutan di Sumatera.

Kemerosotan kualiti udara ini disebabkan oleh terdapat pergerakan asap jerebu memasuki rantau negara ini. Tiada kebakaran besar dalam negara yang dikesan.

Cuaca yang panas dan kering ini akan menyukarkan usaha pemadaman api dan fenomena jerebu rentas sempadan ini dijangka berlarutan sehingga awal Ogos.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

Fenomena Jerebu Rentas Sempadan Melanda Malaysia 1

Negeri & Lokasi Bacaan IPU Terkini

Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah penunjuk kualiti udara ambien di Malaysia dan mencerminkan kesannya kepada kesihatan manusia.

Setakat 10.00 malam, sabtu 19 Julai 2025, bacaan IPU beberapa kawasan yang dikesan berisiko adalah seperti berikut:

NegeriLokasiBacaanKeadaanCadangan Kegiatan Mengikut IPU
SelangorJohan Setia154Tidak SihatKurangkan kegiatan luar secara berpanjangan. Rancang aktiviti apabila kualiti udara bertambah baik.
Negeri SembilanPort Dickson153Tidak SihatKurangkan kegiatan luar secara berpanjangan. Rancang aktiviti apabila kualiti udara bertambah baik.
SelangorBanting99SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
Negeri SembilanNilai98SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
WP Kuala LumpurCheras89SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
PahangTemerloh88SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
Negeri SembilanSeremban87SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
TerengganuKuala Terengganu86SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
WP PutrajayaPutrajaya84SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
MelakaBukit Rambai83SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.
KelantanKota Bharu82SederhanaSesuai untuk melakukan kegiatan luar.

Nasihat Semasa Jerebu

Berikut adalah beberapa nasihat yang orang awam perlu ikuti semasa jerebu rentas sempadan ini melanda untuk kekal sihat dan selamat, iaitu:

  1. Gunakan pelitup muka apabila berada di luar sepanjang masa.
  2. Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  3. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan.
  4. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan.
  5. Minum air yang banyak.
  6. Dapatkan rawatan di hospital / klinik (pesakit asthma, sakit mata, batuk, selesema dan sakit jantung) jika bertambah buruk.
  7. Sebaik-baiknya duduk di rumah dan elakkan daripada berada di luar.
  8. Individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  9. Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
  10. Kurangkan aktiviti luar / riadah / bersukan yang agresif.
  11. Padamkan kebakaran kecil atau laporkan ke talian 999.
  12. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, individu yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka memandangkan ia boleh menyebabkan keadaan jerebu bertambah buruk dan pencemaran terhadap alam sekitar.

Fenomena Jerebu Rentas Sempadan Melanda Malaysia 2

Maklumat Lanjut

Orang ramai turut dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini yang sahih menerusi laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia atau menghubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More