Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JNT Buat Hal Lagi? Barang Rosak Dan Tidak Dipedulikan

JNT buat hal lagi? Baru-baru ini viral tentang penularan video staff sebuah syarikat kurier, J&T yang memperlakukan barang pelanggan secara kasar sehingga menyebabkan kerosakan. Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa serta marah dengan servis yang diberikan oleh syarikat tersebut.

Lantaran itu, beberapa pelanggan J&T turut memuat naik status di laman sosial facebook bagi meluahkan kekecewaan mereka setelah barang yang diterima daripada J&T rosak.

Isi Kandungan

KECEWA DENGAN SERVIS JNT, NETIZEN TUBUHKAN GROUP DI FACEBOOK

Netizen juga mula menubuhkan group facebook bagi berkongsi tentang masalah yang mereka hadapi dengan servis kurier tersebut. Rata-rata daripada mereka berkongsi tentang barang yang hilang, barang lambat sampai mahupun barang yang sampai sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Berikut antara perkongsian seorang netizen di facebook miliknya mengenai barang beliau yang bukan sahaja rosak malah dibiarkan di tempat simpanan tanpa dipedulikan.

“Pengalaman paling teruk denganJ&T Express – Malaysia. Pihak kami hantar barang customer dari 8/2/2021 sampai harini tak sampai2. Then customer aku buat keputusan untuk collect sendiri barang kat J&T Bukit Raja (sebab tracking parcel ada kat sana).

Sampai je kat sana nak bagi tracking number tapi diorang taknak. Diorang just tanya barang apa. Staff J&T tunjuk tempat simpanan barang. Customer n kawan dia pegi cari sendiri sambil staf2 kat situ duk melepak hisap rokok buat tak tahu je. Then customer ternampak parcel kami tempat sampah berhampiran dengan tempat simpanan. Yang paling sedih semua buat muka tak bersalah n takde kata maaf pun.

Wahai J&T, customer aku beli barang RM500 then bayar courier service kau RM81 tapi kau campak tempat sampah je. Ada beberapa tin dah terbukak n tumpah! Sumpah menangis tengok wei.

Yang paling sedih banyak lagi parcel lain tempat sampah berhampiran.

Will never used your service ever!

J&T Buat Hal Apa Hari Nih?”

jnt

 

jnt

 

jnt

Boleh lihat juga di facebook beliau.

MOGOK DENGAN PIHAK ATASAN

Dikatakan bahawa kejadian tersebut berlaku kerana mereka mogok dengan pihak atasan yang menolak elaun komisen pekerja. Difahamkan lagi, jika staf bahagian penghantar barang tidak menghantar barang lebih 1200 parcel, syarikat tersebut akan menolak elaun komisen bermula bulan Januari ini.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan staff j&t yang melepaskan kemarahan mereka kepada pelanggan yang tidak bersalah. Sebaiknya masalah mereka perlu diselesaikan dengan pihak atasan tanpa melibatkan pelanggan.

PENUTUP

Semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan JNT Buat Hal Lagi? Barang Rosak Dan Tidak Dipedulikan dapat memberi manfaat dan boleh dijadikan iktibar buat kita smua. Untuk lebih banyak info dan isu semasa sila layari laman web kami.

Terima Kasih.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More