Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Bercuti ke Tanah Tinggi Cameron

Pengenalan

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Semenanjung Malaysia.

Cameron Highland mendapat nama daripada seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron yang menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang Darul Makmur.  Setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai suhu di antara 100c hingga 200c.

Untuk ke sini, anda boleh melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.

Di puncaknya terdapat pelbagai fasiliti, kemudahan rekreasi dan tempat menarik untuk dikunjungi.

 

Keistimewaan

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman tanah tinggi seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang berkualiti dan jarang di dapati ditempat lain.  Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman tersebut.  Namun begitu, tumbuhan iklim sederhana juga ditanam di kawasan ini.

Sekiranya anda berkunjung ke sana, jangan melepaskan peluang untuk membeli hasil tanaman seperti jagung, sayur-sayuran dan strawberi yang masih segar kerana baru sahaja dipetik dari ladang dan harganya juga berpatutan.  Terdapat juga ladang yang membuka peluang kepada pengunjung untuk mendapat pengalaman memetik sendiri strawberi.

Pelbagai hotel dan pusat peranginan yang boleh ditempah mengikut bajet anda.

Terdapat juga pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung di sebuah penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands iaitu Kampung Taman Sedia.  Ia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brinchang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Terdapat pelbagai lagi keistimewaan Cameron Highlands yang perlu anda cuba dan rasai sendiri.

 

Pekan

Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan.  Di setiap pekan terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi :-

  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley

 

Tempat Tarikan Pelancong

Berikut adalah antara tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong semasa berada di Cameron Highlands

  • Taman bunga : Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh : Ladang Teh BOH, Bharat Tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea

  • Kebun Sayuran : Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga : Rose Centre, Rose Valley.
  • Pelbagai Kebun Buah Strawberry.

  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Trek Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park

 

Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia.

Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More