Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JPJeQ, Sistem Nombor Giliran Dalam Talian

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada, di mana sistem tersebut juga baru sahaja dilancarkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong 12 April sempena sambutan Hari JPJ.

Sejak PKP bermula, JPJ telah pun meneliti trend orang ramai yang datang ke Jabatan ini, dan prihatin terhadap keluhan mereka yang terpaksa beratur dan menunggu lama dalam membuat pelbagai urusniaga di JPJ.

Atas sebab itu, JPJ mengambil inisiatif untuk memperkenalkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ.

Isi Kandungan

Fungsi JPJeQ

Aplikasi JPJeQ ini merupakan aplikasi secara mobile yang membenarkan pelanggan:

  • membuat pilihan Cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan
  • menggunakan kod QR untuk mendapatkan nombor giliran
  • mengamalkan norma baharu Covid-19 yang berorientasikan pendigitalan bagi mengelakkan 3C’s (Crowded, Confined, Close) iaitu mengelakkan kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.

Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu. Lepas dah ambil nombor, bolehlah kita pergi tempat lain dulu kalau angka giliran masih lambat.

Ia juga akan memberi notifikasi kepada kita apabila masa ketibaan giliran telah hampir tiba. Sistem ini juga Mesra Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, dan Berkeperluan Khas. Rata-rata ramai yang memang tertunggu-tunggu dan sangat berpuas hati dengan penggunaan aplikasi JPJeQ ini.

Walaupun ia baru diperkenalkan, aplikasi ini mendapat banyak pujian dan komen positif di Google Play Store dan iOs Store.

Antara komen pengguna:

Satu usaha yang baik dalam sistem penyampaian yang lebih berkesan kepada pelanggan, perlu ditambah baik contohnya pelanggan hanya perlu log in dari apps untuk dapatkan no Giliran. Tidak perlu tunggu sampai pukul 8 pagi hanya semata-mata nak imbas QR code. Terima kasih! – Razin Hasya

Muat Turun Aplikasi JPJeQ

jpjeq

Memang menarik dan amat memudahkan aplikasi terbaru JPJ ni kan?

JOM MUAT TURUN JPJEQ SEKARANG!

Artikel lain: Hanya 4.3 peratus Sahaja Carum SKSPS

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More