KEJAM! JURURAWAT POSITIF COVID-19 DIHALAU DARI RUMAH SEWA
JURURAWAT POSITIF COVID-19? Seluruh dunia sedang berusaha memerangi wabak covid-19, yang paling sibuk tentulah ‘frontliner’ yang berada di hospital. Mereka berusaha memberi yang terbaik kepada semua pesakit sehingga mengambil risiko paling bahaya. Mereka juga yang paling terdedah kepada wabak covid-19 ini kerana merawat pesakit yang sememangnya positif covid-19.
Seorang jururawat telah disahkan positif covid-19, apa yang lebih menyedihkan, beliau dan rakannya telah dihalau serta-merta oleh tuan rumah yang disewa. Melampau dan sangat kejam bagi seorang tuan rumah membuat perilaku seperti itu kepada ‘fronliner’ yang banyak berjasa membantu memerangi covid-19 ini.
POSITIF COVID-19
Kejadian malang ini telah berlaku kepada Clara Serrano yang berumur 31 dan bekerja di sebuah hospital di Madrid, Sepanyol.
Beliau yang baru sahaja berpindah ke Bandar Madrid untuk bekerja disana pada 11 Mac dan mula bekerja 12 Mac kemudian telah disahkan positif virus tersebut pada 23 Mac.
Menurut Serrano lagi beliau cuba menjelaskan kepada tuan rumah bahawa beliau akan keluar dan memerlukan sedikit masa tapi tuan rumah tidak mengendahkannya dan memaksanya keluar dari flat yang disewanya dengan segera.
Beliau telah tidur di dalam keretanya selama beberapa malam selepas dipaksa dan dihalau keluar sebelum mendapatkan bilik di Hotel Marriot Auditorium yang telah diubahsuai menjadi pusat perubatan sementara.
Kita semua sedang menghadapi wabak covid-19 ini, sepatutnya tuan rumah sewa harus bertolak ansur dalam perkara seperti ini. ‘Frontliner’ adalah orang penting yang sedang berusaha membantu pesakit covid-19 untuk sembuh,sehingga mereka pun menjadi mangsa covid-19 ini. Diharap perkara seperti ini tidak berlaku di Malaysia, dan kita ambillah iktibar atas apa yang terjadi ini.