Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif Kad Pekerja MADANI: Nikmati Diskaun Pembelian Sehingga 30%

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Kad Pekerja MADANI, iaitu satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai hadiah atau manfaat buat para pekerja, khususnya buat mereka yang merupakan ahli Kesatuan Sekerja. 

Isi Kandungan

Apa Itu Kad Pekerja MADANI?

Kad Pekerja MADANI adalah medium penyampaian faedah bersasar melalui pendekatan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta.

Kad ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan khusus untuk ahli Kesatuan Sekerja dengan tujuan memberikan akses kepada pelbagai diskaun dan kemudahan di lebih 100 syarikat di seluruh negara.

Kad ini dihasilkan bertujuan untuk menghargai sumbangan para pekerja serta membantu meringankan beban kos sara hidup mereka dengan menawarkan diskaun sehingga 30% bagi barangan keperluan dan perkhidmatan.

Kad ini datang dalam bentuk digital dengan Kod QR unik.

Insentif Kad Pekerja MADANI: Nikmati Diskaun Pembelian Sehingga 30% 1

Objektif kad ini adalah untuk:

Mengurangkan Kos Sara HidupMeringankan kos sara hidup para pekerja, khususnya ahli kesatuan sekerja, menerusi pemberian diskaun dan faedah khas.
Mengalakkan Penglibatan KeahlianMeningkatkan daya tarikan keahlian kesatuan sekerja melalui penawaran insentif dan kemudahan yang relevan kepada golongan pekerja.
Kerjasama Sektor SwastaMenggalakkan penglibatan sektor swasta dalam agenda kebajikan pekerja nasional menerusi pendekatan menang-menang.
Mengukuh Keselamatan SosialMengukuhkan jaringan keselamatan sosial pekerja melalui sokongan langsung terhadap akses kehidupan harian secara lebih sistematik dan mampan.

Kad ini dijangka memberikan manfaat kepada 1 juta ahli Kesatuan Sekerja di seluruh Malaysia.

Ini adalah satu inisiatif penting dalam memperkasakan pekerja dan memastikan kebajikan mereka terus terpelihara selaras dengan semangat Malaysia Madani.

Kad ini merupakan satu perkara baru kerana ia baru sahaja diperkenalkan pada 1 Mei 2025.

Menurut Kementerian Sumber Manusia,

“Kad Pekerja MADANI adalah langkah proaktif untuk memastikan golongan pekerja tidak tercicir dalam menangani cabaran ekonomi semasa.” 

Program ini selari dengan aspirasi #MalaysiaMADANI dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.

Apakah Faedahnya?

Bagi anda yang masih keliru sama ada penting atau tidak untuk mendaftar kad ini, berikut merupakan antara kelebihan dan manfaat yang bakal anda terima jika anda memiliki Kad Pekerja Madani ini, iaitu:

  • Diskaun sehingga 30% untuk barangan dan perkhidmatan.
  • Digunakan di kedai dan perniagaan yang mengambil bahagian seperti di Pasaraya, Pakaian, Makanan & Minuman, dan Perjalanan & Penginapan.
Insentif Kad Pekerja MADANI: Nikmati Diskaun Pembelian Sehingga 30% 2

Siapakah Yang Layak?

Syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Kad Pekerja MADANI adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Ahli mana-mana kesatuan yang aktif dan berdaftar. Permohonan yang disahkan status keahlian sahaja yang akan disenaraikan sebagai pemegang kad sah.

Cara Memohon

Permohonan Kad Pekerja MADANI ini boleh dibuat secara dalam talian dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi Kad Pekerja MADANI.
  2. Tekan butang “Daftar Sekarang” di bahagian atas skrin anda. 
  3. Isi maklumat yang diperlukan bedasarkan borang daftar.
  4. Selesai mendaftar akaun, “Log Masuk” untuk membuat permohonan Kad Pekerja MADANI.
  5. Isi maklumat peribadi, maklumat kesatuan dan maklumat majikan yang diminta. 
  6. Hantar permohonan untuk disemak dan disahkan oleh wakil kesatuan.
  7. Setelah diluluskan, kad digital akan diterima dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas kod QR atau menunjukkan kad digital.

Bagaimana Menggunakan Kad Pekerja MADANI?

Kad Pekerja MADANI boleh digunakan di mana-mana kedai rakan strategik yang telah ditetapkan dengan mengemukakan Kad Pekerja MADANI. Kod QR anda akan di imbas oleh kedai rakan strategik.

Antara rakan strategik yang menyokong program ini adalah seperti berikut:

  • Mydin, Aeon, Jakel, Bateriku.
  • Klinik panel dan pusat latihan kemahiran.
  • Kedai barangan asas dan perkhidmatan harian.

Senarai penuh rakan strategik boleh disemak di portal rasmi Kad Pekerja MADANI.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Kad Pekerja MADANI ini, anda boleh rujuk portal rasmi Kad Pekerja MADANI atau terus hubungi JHEKS Ibu Pejabat atau JHEKS Negeri berhampiran atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More