Sumber Rujukan Globalisasi Anda

‘Kami Guru Malaysia’ : 5 Fakta Menarik Tentang Penulis Lirik

Kami Guru Malaysia adalah lagu yang sangat popular dalam kalangan guru dan juga pelajar. Lirik sangat ‘kena’ bagi menggambarkan pengorbanan seorang guru. Lirik penuh mendalam dan beremosi itu juga membuatkan lagu berjudul Kami Guru Malaysia ini senang letak di hati ramai orang.

Isi Kandungan

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Sebelum mengenali penulis asal lirik lagu ini, apa kata kalau kita tengok terlebih dahulu lirik lagu berkenaan. Mungkin mengenali lirik lagu ini sahaja tanpa peduli siapa penulis liriknya. Inilah yang orang kata, lagu lebih popular berbanding pencipta lagu. Tapi apa pun, di sini hari ini kita akan lebih mengenali siapa sosok tubuh hebat di sebalik lagu ‘Kami Guru Malaysia’ ini.

Berikut merupakan lirik lagu berkenaan:

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Pencipta dan Penulis Lirik Lagu

Mungkin ramai yang masih tidak tahu, pencipta lagu dan penulis lirik indah di atas adalah dari seorang guru yang bernama Hashim Ahmad. Bagi mengenali sosok tubuh ini, ayuh kita baca kisahnya dari insan yang terpaling rapat dengan beliau iaitu anaknya.

Menurut perkongsian saudari Azlinda Hashim menerusi laman sosial facebook, 16 tahun yang lalu ayahnya sering bertanya tentang adakah lagunya berkumandang di radio di setiap Hari Guru iaitu pada 16 Mei setiap tahun. Persoalan itu masih segar di ingatannya meskipun insan hebat itu telah meninggal dunia.

kami guru malaysia
'Kami Guru Malaysia' : 5 Fakta Menarik Tentang Penulis Lirik 4

Ayuh kita baca perkongsian menarik anakanda Saudara Hashim tentang ayahnya agar lebih ramai mengenali ayahnya itu seiring dengan popularnya lagu ciptaan beliau;

Semalam Hari Guru, setiap tahun Hari Guru saya mesti ingat kata2 arwah ayah ” Linda, ada dgr di radio atau tv tak lagu ayah?” Tapi itu 16 tahun yang dulu masa arwah masih ada. Arwah adalah anugerah dari Allah yg paling berharga buat kami sekeluarga, arwah adalah pencipta dan penulis lirik “Kami Guru Malaysia”. Bukan sahaja seorang ahli muzik tapi arwah juga seorang “GURU” dan seorang pelukis.

Sayang bakat dihargai setelah pergi

Kongsi Azlinda lagi, arwah selalu kata “takpa depa tak kenal sapa yg buat lagu tu, tapi depa menyanyikan setiap tahun pun , ayah dah seronok sangat”. Itulah Cikgu Hashim Ahmad, anak kelahiran Tanjung Tokong, Pulau Pinang dan bekas penuntut Penang Free School.

Ramai yang tidak tahu akan siapa pencipta lagu Kami Guru Malaysia, ramai yg tidak tahu bahawa arwah seorang guru sehinggakan KPM juga lewat untuk mengetahuinya semasa arwah masih ada, penghargaan diberi hanya setelah arwah meninggalkan kita. Tapi itu semua atas pendirian arwah tidak perlu diberitahu dan sebagai anak kami semua mengikut kehendaknya.

Tapi setelah beberapa tahun arwah meninggalkan kami tergerak hati saya menghantar email kepada Pengarah Pendidikan bukan kerana hendak penghargaan tetapi saya minta dibacakan Al Fatihah untuk arwah bila masa menyambut Hari Guru sebelum lagu dinyanyikan , akhirnya barulah KPM tahu yg pencipta lagu adalah seorang guru. Saya dijemput ke Putrajaya bertemu Pengarah Pendidikan.

kami guru malaysia
Cikgu Hashim

Lagu arwah telah menjadi HAK KERAJAAN MALAYSIA dan sebagai anak saya akan terus berbangga setiap kali hadirnya 16hb Mei. Al Fatihah untuk arwah ayah, Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad.

Pernah berkhidmat hampir 10 buah sekolah

Melalui tulisan perkongsian anaknya juga, dapat kita mengetahui arwah cikgu Hashim pernah berkhidmatan di 10 buah sekolah sejak hayatnya ada.

Antara sekolah yang arwah pernah menjadi guru adalah:

  • Sek.Ren.Keb Tanjung Tokong
  • Sek.Ren. Keb Langkasuka,Yan,Kedah.
  • Sek.Ren.Keb. Sri Aman,Bedong.
  • Sek.Ren.Keb. Ibrahim,Sg.Petani,Kedah.
  • Sek.Ren.Keb..Khir Johari,Sg.Petani Kedah.
  • Sek.Ren.Keb.Sg Layar,Sg. Petani,Kedah.
  • Sek.Men.Khir Johari,Sg.Petani,Kedah.
  • Sek.Ren.Keb.Kem Lapangan Terbang Sg.Petani,Kedah (Sebagai Gurubesar)
  • Sek.Ren.Keb St Theresa Sg.Petani,Kedah (sebagai Gurubesar)

Jelasnya jugs, itu saja sekolah yg saya dapat ingat tapi ada lagi beberapa sekolah kerana arwah adalah Guru Muzik Beredar.

kami guru malaysia
'Kami Guru Malaysia' : 5 Fakta Menarik Tentang Penulis Lirik 5

5 fakta menarik Cikgu Hashim

Berikut adalah 5 fakta menarik tentang penulis lirik lagu Kami Guru Malaysia ini iaitu Cikgu Hashim yang kami kumpul dari perkongsian anak beliau. 5 fakta terbabit adalah;

  1. Dilahirkan di Tanjung Tokong, Pulau Pinang
  2. Bekas penuntut Penang Free School
  3. Seorang pelukis
  4. Seorang pemuzik
  5. Pernah mengajar hampir 10 buah sekolah

Penutup

Begitulah besar pengorbanan arwah Cikgu Hashim kepada kita semua hari ini. Diharap selepas ini jika berkumandang lagu ini, sedekahkan al fatihah buat arwah sebagai hadiah kita buatnya di sana. Jangan kita lupa hargai setiap jasa dan bakti insan bergelar guru. Hargai mereka ketika mereka masih sihat dalam usia mereka, apa salahnya di setiap hari guru, hadiahkan guru-guru kita dengan hadiah yang bermanfaat buat mereka. Jika tiada idea untuk memberikan hadiah apa, boleh rujuk ‘6 Idea Hari Guru’ yang kami sediakan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More