Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah 2020

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah 2020 ini adalah berdasarkan perkongsian terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, berikut dikongsikan teks ucapannya:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi sistem dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 — 2025 akan sentiasa menjadi fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada kualiti pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua, Guru Besar. Justeru, akauntabiliti perlu ada pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan. Akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!

DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM

Ketua Pengarah
Ketua Pengarah

MUAT TURUN TEKS UCAPAN KATA ALU-ALUAN Ketua Pengarah

Muat turun Teks Ucapan Alu-aluan KPPM ini dalam bentuk PDF pada pautan muat turun di bawah:

Kata Alu-aluan KPPM untuk Majalah Sekolah Tahun 2020

Official Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah 2020 1

Baiklah, sekian itu sahaja perkongsian daripada anda pada kali ini yang bertajuk Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk Majalah Sekolah 2020. Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More