Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kaunter LHDN ditutup awal sepanjang Ramadan

Isi Kandungan

Kaunter LHDN Tutup Bagi Negeri Yang Terbabit Sahaja

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup operasi harian semua kaunter perkhidmatan 30 minit lebih awal, sepanjang Ramadan ini.

kaunter

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kaunter perkhidmatannya di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Labuan akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Bagi Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan, kaunter akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang pada Ahad hingga Rabu, manakala pada Khamis bermula 8 pagi hingga 3 petang.

Di Sabah dan Labuan pula, pejabat LHDN akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 4 petang.

Selain itu, waktu perkhidmatan Hasil Care Line akan bermula pada 9 pagi hingga 4.30 petang pada setiap Isnin hingga Jumaat.

LHDN menyaran pelanggan melakukan urusan berkaitan percukaian secara dalam talian bagi memastikan risiko penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan, manakala bagi urusan segera dan memerlukan perkhidmatan bersemuka, pelanggan boleh hadir ke premis LHDN.

“Pelanggan dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas, LHDN boleh dihubungi melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Artikel lain: Aplikasi Odajer.com Sebagai Platform Jualan Kelantan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More