Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kebenaran tunai haji, akan diumum minggu hadapan

Keputusan untuk menunaikan Haji pada tahun ini sangat di nanti oleh jemaah haji yang sudah lama menunggu panggilan Haji. Akibat daripada wabak covid-19 yang melanda seluruh negara, sebelum ini pihak kerajaan Arab Saudi telah meminta agar semua jemaah menangguhkan Haji mereka. Keputusan itu telah membuatkan ramai yang agak terkilan. Tetapi baru-baru ini, Kerajaan Arab saudi telah membuka semula Makkah untuk umat islam menunaikan ibadah.

Status Haji Tahun Ini

Kebenaran tunai haji, akan diumum minggu hadapan 1
Kebenaran tunai haji, akan diumum minggu hadapan 2

Memetik sumber dari Harian metro,

STATUS mengenai kebenaran menunaikan hajji bagi jemaah negara akan diumumkan minggu hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, satu mesyuarat bersama Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai penyelaras jemaah hajji Malaysia mengenai perkara itu sudah diadakan baru-baru ini.

“Hasil mesyuarat akan dibentangkan dalam Kabinet kemudian dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

“Keputusan perbincangan akan diumumkan minggu hadapan,” katanya.

Sementara itu, jemaah hajji negara masih menaruh harapan untuk menunaikan ibadat itu tahun ini.

Che Pah Zainon, 69, dari Kulim, Kedah berkata, tetap berlapang dada dan menerima sebarang keputusan dibuat kerajaan susulan pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir.

Kisah Che Pah pernah tular di media sosial sebelum ini apabila penyewa yang menetap di rumah lamanya, gigih menjejakinya untuk menyerahkan surat panggilan menunaikan haji.

“Segala persiapan untuk ke Tanah Suci sudah dibuat termasuk pasport, sebaik menerima surat panggilan itu. Sekarang ini mak cik hanya tunggu jawapan rasmi daripada TH mengenai ibadat hajji, sama ada diteruskan atau tidak.

“Apa pun keputusannya, mak cik terima dengan hati terbuka walaupun menyimpan impian menunaikan hajji sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia juga sentiasa berdoa dipanjangkan usia agar berkesempatan menunaikan Rukun Islam Kelima, selepas pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah ketika mengerjakan umrah pada 2014.

Semoga pengumuman itu nanti dapat mengembirakan para jemaah Hajji pada tahun ini. Manakan tidak, ada yang daripada mereka telah lama menunggu giliran panggilan haji ini. Segalanya dengan izin Allah. Semoga di izinkan semua untuk menunaikan Hajji.

Sumber : Harian metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More