Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kefahaman Perlindungan Harta Intelek Ditingkat

KPDNHEP Sambut Hari Harta Intelek Negara

harta intelek

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan mengadakan sambutan Hari Harta Intelek Negara 2021 yang turut disambut secara serentak dengan sambutan Hari HartaIntelek Sedunia pada 26 April ini.

Ketua Komunikasi Korporat MyIPO, Akhtar Sahari berkata, tema sambutan tersebut ialah “Harta Intelek & Keusahawanan: Dari Idea ke Pasaran”. Sambutan Hari HartaIntelek Negara merupakan satu platform dalam usaha untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan kefahaman masyarakat akan kepentingan perlindungan harta intelek seterusnya membentuk masyarakat yang berbudaya harta intelek.

“Ahli panel dari pelbagai latar belakang akan menghadiri webinar tersebut sebagai wakil daripada Pertubuhan HartaIntelek Sedunia (WIPO) iaitu Peter Willimoott, Pegawai Pengelola WIPO Singapura.

“Turut sama hadir untuk webinar itu ialah Profesor Dr. Samsilah Roslan, Presiden Persatuan Inovasi dan Teknologi (ITMA) dan Dr. Mariani Abdul Hamid, Pengarah Urusan Biopro Cosmeceutical Sdn.Bhd bagi membincangkan tajuk ”Membawa Idea Anda Ke Pasaran”,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pada hari berikutnya akan diadakan sesi forum secara langsung di laman sosial Facebook untuk orang ramai membincangkan tentang perniagaan francais.

“Pada 27 April, satu sesi forum secara langsung menerusi Facebook akan diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui bagaimana untuk menceburi perniagaan francais mampu milik termasuk membina jenama yang kukuh.

“Sesi ini akan melibatkan Bahagian Pembangunan Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta MyIPO,” ujarnya.

Jelasnya lagi, pada 28 April pula, satu lagi webinar diadakan berkaitan perkongsian kejayaan oleh dua syarikat tempatan iaitu Medika Natura dan Synbion Sdn.Bhd. Orang ramai yang ingin menyertai semua acara ini boleh mendaftar menerusi Facebook rasmi MyIPO.

Sumber K! Online

Artikel lain: Harga Barang Terus Naik, Kontraktor Bakal Gulung Tikar

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More