Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KELANTAN FC TIDAK MAHU DINODAI

Selepas kekalahan tipis 2-1 dengan Selangor FC II, kini pasukan Kelantan FC perlu bangkit dengan kemenangan yang meyakinkan. Ditambah pula dengan pelbagai tohmahan diberikan oleh para penyokong terhadap mutu permainan pasukan tersebut.

Sebagai tindakbalas pada situasi tersebut, pelbagai latihan intensif telah dikendalikan oleh barisan kejurulatihan setelah menilai pada perlawanan yang lalu untuk membentuk taktikal yang kukuh berdepan seteru jiran dari Kota Bharu, Kelantan United FC pada pertemuan terakhir saingan Liga Premier Malaysia 2022.

KELANTAN FC

Melihat kepada mentaliti pasukan, para pemain telah bersiap sedia lebih awal untuk perlawanan terakhir liga musim ini. Kecergasan pemain juga pada tahap optimum. Tumpuan juga terarah kepada barisan ubi muda pasukan yang semestinya akan menunjukkan aksi terbaik di hadapan para penyokong sejati pasukan The Red Warriors.

Misi kami hadir dengan penuh bermaruh untuk meraih keputusan yang positif. Tiada lain selain kemenangan yang harus kami kecapi sebagai hadiah penghargaan kepada penyokong setia The Red Warriors yang sentiasa berada di belakang kami walau apa jua keadaan!

KELANTAN FC
KELANTAN FC

Membujur lalu, melintang patah. Ayuh pasukanku, teruskan berjuang!

#ThePowerofGomoMindset
#GomoKelateGomo
#TRWSelamanya

Sumber: Media Kelantan FC

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More