Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DITARIK BALIK : Kelonggaran Pasangan Berjauhan Rentas Negeri

Kini Kelonggaran Pasangan Berjauhan telah berakhir dan KEGEMBIRAAN bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas faktor bekerja yang  diberikan kelonggaran oleh kerajaan untuk melakukan pergerakan rentas negeri telah berakhir kerana ia telah ditarik balik.

Isi Kandungan

Berita Gembira iaitu Kelonggaran Pasangan Berjauhan

Pasangan hanya diberi pelepasan dengan syarat yang ketat bukan seperti terdahulu.

Seperti yang dimaklumkan di dalam Sinar Harian, kelonggaran ini telah ditarik balik kerana ada segelintir yang telah gagal mematuhi SOP PKPB yang ditetapkan  dengan mengambil kesempatan untuk pulang beraya di kampung.

Kelonggaran Pasangan Berjauhan ditarik balik

PUTRAJAYA – Kelonggaran merentas negeri bagi suami atau isteri berjauhan atas faktor bekerja yang diberikan sebelum ini turut ditarik balik oleh kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan larangan rentas negeri yang dibuat olehnya semalam.

Kelonggaran Pasangan Berjauhan
Kelonggaran Pasangan Berjauhan

“Tidak kira suami atau isteri (yang berjauhan atas faktor kerja), tiada lagi pergerakan rentas negeri seperti yang saya sebut semalam,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ditanya mengenai lebuh raya utama menuju ke utara dan ke pantai timur mengalami kesesakan teruk malam tadi, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seperti saya kata sebelum ini, mereka yang lepas balik ke kampung itu belum ada jaminan lepas balik semula ke bandar tanpa dikenakan tindakan oleh polis. “Mereka berebut-rebut pulang ke kampung malam tadi mungkin ada yang mendapat kebenaran dan juga tidak. Mungkin ada juga yang diarahkan untuk berpatah balik.

“Apa pun kita serahkan kepada PDRM untuk menggunakan budi bicara mereka,” katanya.

Beliau turut difahamkan, tindakan kompaun dan arahan berpatah balik turut dilaksanakan.

“Kita tunggu sahaja berapa jumlah yang dikenakan tindakan,” katanya.

Inilah yang dikatakan ‘Kerana nila setitik, Habis susu sebelanga’
Kerana segelintir yang degil,  semua terkena kesannya.

Seharusnya kesempatan yang diberi, digunakan sebaiknya, bukan dengan mengambil kesempatan di atas kelonggaran ini.

Akibat pentingkan diri seperti ini, hajat mereka yang sememangnya layak merentas negeri sudah terkubur.

Diharap semua dapat mengambil iktibar dari perkara ini.  Teruskan mematuhi SOP yang telah ditetap demi memutuskan rantaian COVID-19 ini.  Biarlah tahun ini kita berkorban untuk tidak beraya di kampung demi melindungi ibubapa kita yang berisiko tinggi.

Insyaallah selepas berakhirnya COVID-19 nanti,  kita semua boleh bersama-sama ibubapa atau ahli keluarga tercinta seperti sediakala. Marilah sama-sama kita doakan bukan sahaja Kelonggaran Pasangan Berjauhan malah boleh kita hidup seperti sedia asal sebelum musim pandemik covid-19 lagi.

#kitajagakita #stayathome

SUMBER : SINAR HARIAN

Masih adakah sumbangan dan bantuan kerajaan yang kita boleh perolehi?

Ya. Anda boleh rujuk bantuan PEMULIH (terkini) untuk senarai bantuan tersebut.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More