Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kelonggaran Rentas Daerah & Negeri Dibincang MKN, KPM

KPM, MKN bincang kelonggaran rentas daerah dan negeri. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengadakan perbincangan mengenai kelonggaran kepada ibu bapa merentas daerah dan negeri bagi menghantar anak ke sekolah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan perbincangan berkaitan kelonggaran rentas daerah dan negeri itu  akan diumumkan hari ini dengan mengambil kira sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac.

kelonggaran rentas

KELONGGARAN RENTAS NEGERI DIUMUM HARI INI

“Jika pekerja boleh merentas daerah hanya dengan (menunjukkan) surat majikan tanpa (surat) kebenaran daripada polis, saya akan berbincang dengan KPM mengenai ini. Khamis ini kita umum.

“Kalau boleh, surat kemasukan asrama dan sebagainya serta surat daripada guru disediakan (oleh KPM) sebagai surat kebenaran khas kepada ibu bapa yang akan menghantar anak mereka ke sekolah atau asrama di luar daerah atau negeri” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Jumaat lepas, KPM menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini untuk murid sekolah rendah iaitu prasekolah, Tahun 1 dan Tahun2 manakala murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pula bermula pada 8 Mac.

Pelajar sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu manakala pelajar sekolah menengah Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis,Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) pada 5 April.

Mengulas sama ada kerajaan akan membenarkan perkhidmatan merias dan merawat kuku beroperasi di dalam kawasan PKP, Ismail Sabri berkata pihaknya akan membawa perkara itu ke mesyuarat teknikal semalam  sebelum membuat pengumuman hari ini.

” Saya faham rungutan ini, saya juga menerima permohonan hampir setiap hari. Dikawasan PKPB dan PKPP telah pun dibenarkan beroperasi dan yang memohon ini di kawasan PKP di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, katanya”.

Beliau juga berkata setakat ini kerajaan masih belum memberi kelonggaran rentas negeri bagi yang berstatus PKPB namun dibolehkan dengan kebenaran polis sekiranya ada keperluan mendesak.

“…tetapi seperti yang kita tahu, status PKP, PKPB dan PKPP ini akan kita ketahui selepas tamatnya ketiga-tiga PKP ini pada 4 Mac dan dua hari sebeumnya, saya akan umumkan”, katanya.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More