Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hebahan Kemaskini Data Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2008 & 2009

Berikut dikongsikan info terkini mengenai Kemaskini Data Ahli Tawas yang telah dihebahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk makluman semua rakyat Negeri Selangor.

Isi Kandungan

Apa Itu TAWAS?

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara program penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1.

Program TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Pada 17 Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan dengan bertujuan untuk memastikan ahli TAWAS menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.

Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Bermula dari 1 Mac 2014, YAWAS telah memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM1,500 yang akan diberikan kepada waris ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Hebahan Kemaskini Data Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2008 & 2009 1

Kad Tawas

Kad TAWAS merupakan kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan yang lulus.

Kad tersebut perlu disimpan dan digunakan sebagai rujukan ibu bapa atau penjaga untuk setiap manfaat TAWAS yang diberikan kepada ahli TAWAS.

Ibu bapa atau penjaga boleh mengambil Kad SiManja ini bersama-sama dengan Penyata Simpanan TAWAS di Kaunter Pejabat YAWAS.

Sebarang kerosakan atau kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat YAWAS dan bayaran RM10 akan dikenakan sebagai caj ganti rugi.

Penyata Simpanan TAWAS

Penyata bernilai RM1500 akan dikeluarkan sebaik sahaja permohonan TAWAS telah disahkan lulus.

Ibu bapa atau penjaga dikehendaki menyimpan penyata ini bagi membolehkan ahli TAWAS membuat tuntutan bernilai RM1500 apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

Dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS, berkuatkuasa pada 24 Mac 2014, Sijil Simpanan Tetap TAWAS Ambank (FD) akan digantikan dengan Penyata Simpanan TAWAS.

Penyata Simpanan TAWAS ini adalah dokumen penting yang perlu disertakan semasa membuat tuntutan RM1500 apabila ahli telah mencapai usia 18 tahun.

Ibu bapa atau penjaga ahli adalah dinasihatkan untuk mengambil Penyata Simpanan TAWAS tersebut pada bila-bila masa di pejabat YAWAS atau cetak penyata tersebut di atas talian.

Ibu bapa atau penjaga ahli boleh ‘Cetak Penyata Simpanan’ ahli DISINI.

Khairat Kematian TAWAS

Khairat Kematian TAWAS adalah dibawah Skim TAWAS yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk ahli TAWAS yang meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Walaubagaimanapun, khairat ini hanya boleh dituntut oleh waris jika berlaku kematian ahli TAWAS selepas 1 Mac 2014.

Ibu bapa atau penjaga ahli perlu menghantar dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS atau e-mel kepada [email protected].

Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan, iaitu:

  1. Borang Tuntutan Khairat Kematian.
  2. Sijil kematian.
  3. Kad SiManja.
  4. Salinan muka buku hadapan akaun bank / salinan penyata akaun (bahagian yang tertera no akaun).

Pembayaran sumbangan akan dibuat secara EFT ke akaun ibu bapa atau penjaga ahli.

Kemaskini Data Ahli Tawas

Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS kelahiran tahun 2008 dan 2009 perlu kemaskini data ahli TAWAS dengan mengemaskini maklumat-maklumat seperti ketetapan berikut:

  • Nombor telefon ibu / bapa / penjaga.
  • Alamat tempat tinggal terkini.
  • Email Ibu / bapa / penjaga terkini.

Kemaskini data ahli Tawas boleh dilakukan dilaman sesawang TAWAS sebelum 18 Julai 2025.

Ibu bapa atau penjaga ahli TAWAS diminta untuk mengemaskini data terkini bagi melancarkan urusan pembayaran tabungan anak anda yang akan mula dibayar pada tahun 2026 dan 2027.

Hebahan Kemaskini Data Ahli TAWAS Kelahiran Tahun 2008 & 2009 2
Kemaskini Data Ahli Tawas

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Kemaskini Data Ahli Tawas ini, sila rujuk laman web rasmi Tabung Warisan Anak Selangor.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More