Bahan Pendidikan Untuk Semua

KENCING KOTOR PADA BAYI

Kencing kotor ialah jangkitan kuman di saluran air kencing. Hal ini sangat biasa dialami oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek sekaligus membuatkan mereka lebih senang dijangkiti kuman.

JANGKITAN saluran kencing (UTI) berlaku apabila kuman menjangkiti sistem urinari yang terdiri daripada pundi kencing, buah pinggang, salur ureter dan salur uretra. Jangkitan ini boleh berlaku sama ada dalam kalangan kanak-kanak atau dewasa dan ia lebih dialami oleh wanita. Bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing ialah E. coli, S. saprophyticus, klebsiella, proteus, enterobacter dan pseudomonas.

Lebih kurang 3 % kanak-kanak perempuan dan 1 % kanak-kanak lelaki mengalami jangkitan salur kencing sehingga berumur 11 tahun. Ada di antara kanak-kanak mempunyai buah pinggang yang tidak normal atau pundi kencing yang mana menyebabkan mereka sering mengalami jangkitan salur kencing.

Penting untuk merawat dan mencegah jangkitan salur kencing pada kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan buah pinggang yang kekal.

Ini sedikit perkongsian dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari mengenai kencing kotor pada bayi : 

“Dah banyak hari sebenarnya baby perempuan umur 6 bulan tu demam”.

Masa mula demam, ibu ayahnya dah bawa ke klinik lalu dibekalkan ubat antibiotic. Kata doktor, boleh jadi sebab jangkitan kuman dekat telinga.

Namun tetap tak sembuh.

Demam berterusan, menyusu dah makin kurang akhirnya bayi tu jadi lembik dan tak aktif. Bila dibawa ke hospital, pemeriksaan jantungnya berdegup sangat laju manakala tekanan darahnya rendah.

Patutlah tak bermaya, rupanya bayi malang tu dah mengalami dehydrated yang teruk!

Beberapa test segera dilakukan untuk cari punca jangkitan tu.

Salah satunya doktor terpaksa masukkan tiub plastic halus melalui salur kencing bayi perempuan tadi untuk keluarkan sample urine.

Sebaik saja tiub tu dimasukkan, mengalir keluar air kencing warna keruh susu dan bila ujian lab dilakukan, rupa-rupanya anak tu dah terkena penyakit kencing kotor!

Anak kecil mudah sangat sebenarnya dapat jangkitan ni.

Ada satu study yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.

Baby boleh jadi akan ada simptom macam ni:

👉 Kencing berbau busuk

👉 Warna air kencing tu keruh

👉 Ada jugak yang kencingnya ada kesan darah

👉 Kadang tu dia akan meraung je sebab sakit masa kencing

👉 Baby muntah-muntah

👉 Kurang menyusu dan makan

👉 Demam tinggi

Kalau tak detect dan rawat cepat, takut baby jadi terlampau lemah sampai boleh efek nyawa dia.

Itu sebab saya nak share ilmu mahal yang ramai orang tak tahu ni tapi sebenarnya boleh elakkan jangkitan pada salur kencing baby:

 Cepat-cepat tukar lampin anak kalau dah berak.

Jangan duk tunggu sebab dalam najis baby tu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman tu berpindah ke kawasan salur kencing baby lalu akibatkan jangkitan kencing kotor.

 Make sure kalau pakai wet tissue, guna sehelai untuk sekali lap je. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna wet tissue yang sama.

 Masa lap tu, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian bontot, pergi pulak lap bahagian kemaluan bayi guna tisu yang serupa.

Tak pasal-pasal bakteria E. Coli dalam najis tu berjangkit pulak ke salur kencing baby.

Tips ni semua simple je tapi kalau tak buat betul-betul boleh risikokan kesihatan dan nyawa bayi kita.

Dah siap baca tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ya. Semua ibubapa wajib tahu pasal benda ni.

Kredit : Dr Ahmad Luqman Bukhari 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More