Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Keputusan Temuduga Pengambilan Khas Guru Sekolah Kebangsaan/Jenis kebangsaan Cina

Hebahan Keputusan Temu Duga Pengambilan Khas Guru Bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tahun 2020

Semakan keputusan temu duga bagi Pengambilan Khas Guru Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tahun 2020 boleh dibuat melalui pautan

https://semakan.spp.gov.my/…/keputusan_temuduga_view.php

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM dalam masa terdekat.

Isi Kandungan

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA SELEPAS TAHU KEPUTUSAN TEMUDUGA

  • Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.
  • Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.
  • Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
  • Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.
Keputusan Temuduga Pengambilan Khas Guru Sekolah Kebangsaan/Jenis kebangsaan Cina 1
Keputusan Temuduga

Keputusan Temuduga

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Keputusan Temuduga Pengambilan Khas Guru Sekolah Kebangsaan/Jenis kebangsaan Cina ini membantu anda.

Menarik untuk dibaca: Buku Teks Digital Subjek Perniagaan Tingkatan 4

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More