Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KEREPEK: 70 Paket Ditempah, 70 Kotak Yang Tiba

1 Kotak ada 5 paket, jadi kalau 70 kotak bermakna ada 350 paket semuanya. Shannen Alaina Coelho hanya memesan 70 paket kerepek, tetapi bila sampai ada 70 kotak!!! Salah siapa sebenarnya?

Pada pendapat saya, sepatutnya penjual la yang kena pastikan semua pesanan pelanggan. Jika tersilap, itu sebenarnya salah penjual. Siapa suruh cuai dalam berniaga? Dan, kalau penulis yang dapat macam ni lebih baik pulangkan saja baki yang terlebih hantar tu dan suruhlah peniaga tu tanggung kos pos. Salah sendiri. Ni tak pasal-pasal pembeli terpaksa bayar la pulak. Dah macam kena paksa membeli la pulak.

Apapun, jadikan pengajaran buat kita semua samada kau pembeli atau kau peniaga.

KEREPEK: 70 Paket Ditempah, 70 Kotak Yang Tiba 1

Kerepek Lebih!

SINGAPURA – Sebuah keluarga di sini terkejut apabila menerima 70 kotak berisi kerepek selepas menempah 70 paket kerepek menerusi pembelian dalam talian.

@snabehh atau dikenali sebagai Shannen Alaina Coelho berkongsi kisah itu menerusi laman Twitternya.

Shannen berkata, keluarganya hanya 70 paket makanan itu untuk dijadikan juadah pada hari raya namun tidak menyangka mereka akan menerimanya 70 kotak.

Dalam status bergambar itu, Shannen mengatakan bahawa dia sedang membantu keluarganya untuk menjual makanan itu ‘singkong balado’ dan ‘sambal balado’ sempena hari raya.

Pada status sama, Shannnen memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan sekitar 70 kotak berisi kerepek memenuhi ruang tamunya.

Katanya, kesilapan teknikal dan salah faham antara punca berlakunya perkara tersebut.

“Bapa saudaranya terpaksa membayar tempahan bagi 70 kotak berkenaan. Setiap kotak itu mengandungi empat hingga lima paket.

“Bagi membantu keluarga menjual stok yang berlebihan, saya menguar-uarkan penjualan ini menerusi Twitter,” katanya.

Difahamkan, makanan itu dijual pada harga SGD7 (RM21) sepaket dan SGD25 (RM77) sekotak bagi jenis sambal balado manakala jenis singkong balado dijual pada harga SGD7 (RM21) sepaket dan SGD30 (RM92) sekotak.

Perkongsian tersebut tular dan menarik perhatian netizen yang turut membantunya membeli kerepek berkenaan.

Ada yang memberi cadangan makanan itu sebagai gantian duit raya atau memberi lebihan makanan kepada jiran tetangga sempena hari raya.

@la_parfumes berkata, “penuh ruang tamu, tukar duit raya dengan kerepek.”

Manakala @fitriah pula bertanya, “Kerepek singkong, kawasan mana ni, Negeri Sembilan ada tak.”

Sementara itu, bagi yang pernah merasai kerepek tersebut turut berkongsi keenakan makanan ringan itu.

Sehingga kini, status itu diulang kongsi 3,440 netizen dan mendapat 2,036 tanda suka.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More