Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kertas Soalan Percubaan SPM Tasawwur Islam 2019 Negeri Pulau Pinang

Kertas Soalan Percubaan SPM Tasawwur Islam 2019 Negeri Pulau Pinang adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.

Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.

Dapatkan “Kertas Soalan Percubaan SPM Tasawwur Islam 2019 Negeri Pulau Pinang ” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

SUBJEK

SOALAN

  • Kertas Soalan Percubaan SPM Tasawwur Islam 2019 Negeri Pulau Pinang

 Selain Kertas Soalan Percubaan SPM Tasawwur Islam 2019 Negeri Pulau Pinang. Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN TASAWWUR ISLAM SPM 2019

Petua penting untuk calon-calon skor dalam peperiksaan

1) Pastikan untuk mengulang kaji semenjak awal

Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita ada batasannya.

Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua mata pelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulang kaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulang kaji bersungguh-sungguh selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur).

Hindarkanlah diri dari sifat malas.

Bayangkanlah dengan mengulang kaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi di kemudian hari.

2) Elok untuk mengulang kaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan-rakan yang lain

Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya ‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-rakan yang lain.

Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergosip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergosip pasal artis, yang tu memang salah.

Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).

3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’

Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita.

Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulang kaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian.

Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing.

Ulang kaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!

4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik.

Walaupun kita sudah mengulang kaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sesi menjawab soalan nanti.

Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, suplemen tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.

5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah dan bonda

Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya.

Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik-detik peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.

Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang.

Sumber: Facebook Midhat Nabil

Kesimpulan

Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Kertas Soalan Percubaan SPM Tasawwur Islam 2019 Negeri Pulau Pinang.

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More