Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ketua Macau Scam Terlepas

Pastinya semua netizen merasa hairan apabila salah seorang ketua macau scam terlepas dan melarikan diri selepas dibebaskan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin. Menurut sumber, lelaki itu yang berpangkat Datuk Seri sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian. Polis kini giat memburu suspek utama sindiket pengubahan wang haram itu.

“Suspek dipercayai bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.

“Polis hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketua Macau Scam Terlepas

Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian.

Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan perintah reman, namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjudian di Cheras.

“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.

“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan judi dalam talian. Sumber info dari Sinar Harian

Isi Kandungan

Macau Scam Raih Jutaan Ringgit

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta, serta merampas wang tunai kira-kira RM5 juta kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam.

Terlalu banyak peringatan melalui media mengenai kes penipuan yang diulang lapor mengenai mangsa dan tangkapan serta pendakwaan pelbagai kes membabitkan pelbagai skandal.

Malangnya, kes penipuan terus berlaku yang membabitkan jutaan ringgit. Penipuan akan sering dicuba oleh pelbagai pihak yang mahu meraih keuntungan lumayan. Penipuan yang kerap berlaku ialah apabila nombor telefon pengguna sangat mudah diperoleh dan kemudian disalahguna untuk pelbagai sindiket.

Kes mengguna nombor telefon untuk mengugut juga menyebabkan ramai menjadi mangsa.

Kadar Kes Penipuan Meningkat

Berdasarkan statistik 2018, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), mendedahkan jumlah kerugian akibat penipuan jenayah itu meningkat 55.5 peratus seluruh negara berbanding 2017.

Peningkatan itu membabitkan kerugian melebihi RM224.6 juta dengan 4,965 kes direkodkan berbanding tahun sebelumnya, iaitu RM99.9 juta dengan 4,178 kes akibat penipuan Macau Scam. Penipuan Macau Scam ini menjadi ‘popular’ sekarang dan jenayah tanpa sempadan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja

Penipuan yang mensasarkan pengguna itu berpunca dari orang awam masih tidak memahami pelbagai jenis dan strategi penipuan terutama dalam era perdagangan elektronik.

Pengguna perlu memahami modus operandi penjenayah yang menyamar sebagai pegawai daripada PDRM, mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau agensi berkaitan dengan tujuan menakutkan mangsa. Dalam masa yang sama tahap keupayaan pihak berkuasa untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang adalah juga faktor kenapa penipuan seperti Macau Scam kerap berlaku.

Mekanisme Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan Akta 778 yang dikuatkuasa pada Januari 2017 berkaitan mengawal selia aktiviti pengumpulan dana melalui tawaran kepentingan kepada awam perlu diperkukuhkan untuk memastikan penipuan dapat dibanteras.

Ketua Macau Scam Terlepas

Kecuaian Pengguna Punca Ditipu

Pengguna harus memaklumatkan diri untuk mengesan sama ada ada unsur pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 bila ada pihak yang memperkenalkan sesuatu skim.

Sikap yang kritikal terhadap sebarang tawaran pelaburan perlu diperhati dengan teliti kerana terlalu banyak kes pihak-pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna yang kurang peka dan mudah diperdaya dengan tawaran yang lumayan atau ugutan yang mengguna maklumat palsu. Kami berpandangan sangat perlu semua pengguna tidak mudah terperangkap dengan skandal yang kini sangat agresif mencari mangsa.

Sindiket yang mahir mencuri maklumat diri mangsa seperti nombor kad pengenalan, akaun bank dan maklumat kenderaan , memungkinkan operasi yang licik memerangkap pengguna. Kesedaran pengguna supaya mengelakkan diri daripada terpengaruh kepada tawaran atau ugutan perlu ditingkatkan.

Kini dalam era komunikasi yang sangat pantas dan mudah mensasarkan setiap pengguna, pelbagai pihak yang mengguna strategi yang sangat halus untuk memancing mangsa kerap berlaku. Malangnya, kebiasaannya banyak pengguna menjadi mangsa walaupun sudah ada kes penipuan dilaporkan berkali-kali.

Dengan segala undang-undang yang ada dan ratusan individu yang didakwa di mahkamah, pengguna masih tidak berhati-hati malah ada yang turut menjadi ejen kepada sindiket yang beroperasi. Kami mengesa pihak penguat kuasa tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit jika jelas melanggar undang-undang yang sedia ada.

Penulis adalah Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More