Semakan Kelayakan & Permohonan Khairat Darul Ehsan Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Khairat Darul Ehsan bagi tahun 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.
Isi Kandungan
Apa Itu Khairat Darul Ehsan?
Khairat Darul Ehsan (KDE) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang prihatin, bertujuan untuk meringankan beban waris dengan pemberian sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada rakyat Selangor berusia 50 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan pengundi dan menetap di Selangor.
Selepas ahli yang berdaftar meninggal dunia, pewaris yang layak akan menerima sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000.

Semakan Kelayakan Khairat Darul Ehsan 2025
Semakan status kelayakan Khairat Darul Ehsan 2025 boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>SEMAK KELAYAKAN KHAIRAT DARUL EHSAN DISINI<<<

Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan mengikut kategori bagi mereka yang ingin membuat permohonan Khairat Darul Ehsan ini, iaitu:
Kategori 50 Tahun Ke Atas | 1. Warganegara Malaysia. 2. Berusia 50 tahun ke atas (mengikut tarikh kelahiran) dan masih hidup. 3. Mengundi dan Bermastautin Selangor. |
Kategori Insan Istimewa (OKU) | 1. Warganegara Malaysia. 2. Pemegang kad OKU JKM dan tiada had umur. 3. Pemohon berusia 18 tahun ke atas perlu mengundi dan menetap di Negeri Selangor. 4. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR waris sekiranya pemohon berusia 18 tahun ke bawah sewaktu permohonan. 5. Pemohon bawah 18 tahun ibu / bapa / penjaga perlu mengundi dan menetap di Negeri Selangor. |
Cara Membuat Permohonan
Jika layak, anda boleh membuat permohonan dengan mengikut ketetapan berikut:
- Permohonan pra-daftar adalah bermula pada 5 Mei 2025 (untuk Ahli Skim Mesra, ISS dan INSAN sahaja) manakala bagi orang awam pendaftaran akan bermula pada 1 Jun 2025.
- Pendaftaran hanya boleh dibuat melalui atas talian (online) sahaja pada laman rasmi Khairat Darul Ehsan atau dengan menggunakan aplikasi YAWAS (dijangka bermula Julai 2025).
Permohonan hendaklah dibuat semasa pemohon masih hidup. Tiada permohonan selepas kematian.
Tempoh kelulusan dalam 14 hari dari tarikh hantar dokumen yang lengkap.
Dokumen Sokongan
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan mengikut kategori permohonan adalah seperti berikut:
Kategori 50 Tahun Ke Atas | 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon. 2. Salinan Kad Pengenalan Pewaris. 3. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR. 4. Surat Akuan Sumpah jika pewaris bukan dikalangan keluarga terdekat. |
Kategori Insan Istimewa (OKU) | 1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon. 2. Salinan Kad Pengenalan Pewaris. 3. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR pemohon sekiranya berusia 18 tahun ke atas sewaktu permohonan. 4. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR waris sekiranya pemohon berusia 18 tahun ke bawah sewaktu permohonan. 5. Salinan Kad OKU. 6. Surat Akuan Sumpah jika pewaris bukan dikalangan keluarga terdekat. |
Senarai keluarga terdekat adalah Ibu / Bapa, Datuk / Nenek, Anak, Abang, Kakak, Adik, Suami / Isteri.
Cara Membuat Tuntutan
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat tuntutan Khairat Darul Ehsan, iaitu:
- Waris hendaklah membuat tuntutan secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS atau laman rasmi Khairat Darul Ehsan.
- Waris merupakan nama berdaftar di dalam sistem Khairat Darul Ehsan.
- Tempoh masa tuntutan khairat kematian adalah 3 bulan dari Tarikh Kematian. Tuntutan melewati tarikh yang ditetapkan dikira TIDAK LAYAK.
- Tempoh pemprosesan pendaftaran adalah dalam masa (14) hari hingga (30) hari berkerja dari tarikh dokumen lengkap dihantar, tempoh ini akan meningkat sekiranya terdapat peningkatan jumlah tuntutan secara mendadak.
- Pembayaran akan dibuat terus ke akaun waris yang berdaftar.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pewaris.
- Salinan Muka Depan Akaun Bank Waris.
- Salinan Sijil Kematian Ahli.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Khairat Darul Ehsan 2025 ini, anda boleh rujuk laman rasmi Khairat Darul Ehsan atau terus hubungi talian 03 – 5481 8800 atau e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!