Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Khairy Jamaluddin Mohon Maaf Atas Masalah Web MySejahtera

Khairy Jamaluddin hari ini memohon maaf kepada semua pihak yang mengalami masalah ketika melayari web untuk membuat tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua semalam – 26 Mei 2021, terutamanya untuk mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot.

Ketika tempahan vaksinasi AstraZeneca pusingan kedua, ramai pengguna mengalami masalah ketika membuat tempahan – seperti membuat pilihan tarikh dan lokasi.

Khairy Jamaluddin turut menambah mengatakan pengalaman pengguna yang dilalui ketika tempahan berkenaan menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem – dan sepatutnya ia dilaksanakan dengan lebih baik lagi.

Bergerak ke hadapan, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk memasukkan kembali bekalan vaksin AstraZeneca akan datang didalam sistem senarai vaksin arus perdana PICK – dan bukannya perlu pendaftaran manual.

Sebelum ini, AstraZeneca telah ditawarkan dalam bentuk tempahan kerana ramai yang tidak begitu yakin dengan vaksin berkenaan. Namun, dengan lebih ramai yang menyatakan hasrat untuk mendapatkannya, kini pihak berkuasa memilih untuk memasukkannya kembali dalam senarai vaksin arus perdana PICK.

Dengan perubahan ini juga, tiada lagi pendaftaran khusus untuk AstraZeneca menggunakan web akan dilakukan, dan masalah seperti semalam tidak lagi akan berlaku. Pengguna yang masih belum mendaftar untuk senarai vaksin arus perdana PICK boleh melakukannya melalui web rasmi atau aplikasi MySejahtera seperti sebelum-sebelum ini.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Daftar dan Tempah Vaksin AstraZeneca Warga Emas

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More