Bahan Pendidikan Untuk Semua

KHASIAT TEMBIKAI, BUAH KEGEMARAN RASULLULAH S.A.W

Patutlah buah tembikai menjadi salah satu buah kegemaran Nabi SAW. Banyak khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan kita. Buah tembikai atau semangka pada Istilah arab disebut sebagai “Al-biththikh” merupakan buah kegemaran Rasulullah s.a.w. Baginda sangat menyukainya malah menyarankan para sahabat agar memakan buah tembikai bersama kurma.

Tembikai antara buah yang menjadi kegemaran ramai setiap kali tibanya bulan Ramadan. Kaya dengan vitamin A, vitamin B6 dan antioksidan, tembikai menjadi pilihan popular untuk dijadikan jus minuman serta pencuci mulut ketika berbuka puasa.

Menurut terjemahan daripada buku Healing with the Medicine of the Prophet by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah, tembikai dimakan untuk menyejukkan badan dan pengambilan buah tembikai sebelum makanan berat mampu mencuci perut serta menghindarkan diri daripada penyakit.

Daripada Aisyah RA, “Rasulullah SAW pernah makan Al-Biththikh (tembikai) dengan kurma segar, seraya bersabda, ‘Buah kurma itu panas dan disejukkan oleh buah tembikai’.”

Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW suka makan semangka (tembikai) dan Rutob (kurma masak). (Abu Dawud dan Al- Tarmidzi)

Berikut antara manfaat buah tembikai untuk kesihatan dan juga kecantikan.

1. Kandungan Air Yang Tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik Untuk Jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-Radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Makanlah buah tembikai, secara amnya ia membantu badan melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit & Rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A yang diperlukan setiap hari.

Tembikai yang masak adalah menyejukkan dan manis. Buah ini baik untuk mencuci perut dan menghindarkan penyakit. Buah tembikai lebih mudah hadam berbanding timun dan makanan-makanan lain. Oleh itu, tembikai boleh digunakan untuk menyejukkan badan ketika badan rasa panas. Tetapi jika sejuk kita lebih baik makan halia untuk mencegah buruk kesejukkan itu kepada badan.

Tembikai sepatutnya dimakan sebelum makan makanan berat seperti nasi. Antara kelebihan ia dimakan dahulu kerana ia menghilangkan loya. Kajian perubatan juga menunjukkan makan tembikai sebelum makan makanan berat, akan mencuci perut dan menghindarkan penyakit.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More