Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KKM jalin kerjasama pelbagai pihak bantu penduduk luar bandar daftar program imunisasi

KKM Bantu Masyarakat Luar Bandar Daftar Program Imunisasi COVID-19

kkm

TUARAN: Kementerian Kesihatan (KKM) menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha membantu masyarakat luar bandar mendaftar untuk mendapatkan imunisasi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata langkah itu pendekatan terbaik untuk mendidik penduduk kawasan pedalaman mengetahui kepentingan mendapatkan suntikan vaksin bagi melawan virus COVID-19.

Beliau berkata, Sabah mempunyai 3.9 juta penduduk, namun setakat ini hanya 355,000 orang saja yang sudah mendaftarkan diri menyertai program vaksinasi ini.

“Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk pendaftaran dilihat kurang berkesan terutama dalam kalangan penduduk luar bandar, jadi perlu ada alternatif lain bagi mendaftarkan mereka menyertai program berkenaan.

“Keperluan untuk setiap kawasan luar bandar mungkin berbeza, menyebabkan KKM akan bekerjasama dengan polis, tentera dan RELA untuk masuk ke kawasan pedalaman.

“Kerjasama itu juga dilihat secara tidak langsung dapat memastikan keselamatan kakitangan KKM yang masuk ke sesuatu kawasan untuk mendaftar serta memberikan vaksin kepada penduduk,” katanya pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Hospital Tuaran, dekat sini, petang tadi.

Dr Noor Hisham turut melawat pusat vaksinasi hospital daerah terbabit untuk melihat persiapannya sebagai pusat pemberian vaksin, selain turut mengunjungi pusat vaksinasi lain di sebuah hospital swasta.

Sementara itu, beliau berkata, pemilihan vaksin secara dos tunggal lebih baik diberikan kepada penduduk luar bandar berbanding vaksin dos berganda.

Katanya, vaksin COVID-19 terbaik untuk dos tunggal ketika ini adalah CanSino dan Johnson & Johnson (J&J).

Ditanya mengenai vaksin AstraZeneca, Dr Noor Hisham berkata, tiada alasan bagi Malaysia berhenti mendapatkan vaksin itu walaupun terdapat laporan mengenai pembentukan gumpalan darah hingga mengakibatkan kematian selepas menerima suntikan.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Biasiswa Gamuda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More