Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Klinik pakar swasta bantu Fasa 2, 3 PICK

Klinik Pakar dan Pusat Jagaan Ambulatori Ingin Turut Serta Bantu

klinik

KUALA LUMPUR: Pusat jagaan ambulatori swasta dan klinik pakar swasta akan berperanan dalam pemberian vaksin COVID-19 menerusi fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebelum ini pengamal perubatan am swasta (GP) dan hospital swasta sudah diberi peranan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menerusi inisiatif itu, katanya, lebih banyak fasiliti kesihatan swasta akan terbabit dalam menjayakan fasa kedua dan ketiga PICK.

“Pembabitan hospital swasta ini mengambil kira cadangan dikemukakan pihak hospital swasta sendiri yang tidak mahu terkecuali dalam menggembleng tenaga bagi memastikan sasaran sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk Malaysia diberikan imunisasi COVID-19 dicapai segera.

“Oleh itu, kerajaan akan membekalkan vaksin secara percuma kepada hospital swasta bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 12 April lalu, KKM bersetuju membabitkan hospital swasta dalam PICK Fasa 2 dan 3 sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Dr Adham berkata, pusat jagaan ambulatori swasta dan klinik pakar swasta yang ingin mengambil bahagian boleh membuat pendaftaran melalui Protect Health Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) di laman web www.protecthealth.com.my bermula hari ini.

Melalui laman sesawang itu, hospital swasta boleh mendapatkan maklumat berkaitan kaedah vaksinasi, skop tugas, keperluan, kadar bayaran dan kaedah pembayaran.

Artikel lain: PKP 2.0 Gagal Bendung Covid-19 Sepenuhnya

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More