Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Buku Iqra’ 1 hingga 6

Kaedah Iqra’ adalah satu kaedah mempelajari Al-Quran yang terkenal hari ini. Kaedah ini dihimpunkan di dalam 6 jilid buku nipis yang kecil untuk mereka yang mahu belajar Al Quran. Jika anda nak tahu, kaedah ini amat mesra kanak-kanak dan juga orang dewasa.

buku iqra'

Ciri Istimewa Buku Iqra’

Berikut merupakan ciri istimewa yang membuatkan ia mudah dipelajari:

1. Bacaan secara langsung

Bacaan secara langsung melalui Iqra’ membuatkan pembaca terus mengenal bunyi mengikut tanda bacaan. Mereka tidak diperkenalkan kepada huruf hijayyah secara langsung. Ini membuatkan mereka membaca lebih cepat dan lancar apabila naik Al-Quran.

2. Penggunaan teks tertentu

Setiap jilid telah diasingkan mengikut tahap mudah baca kepada 6 buku yang berasingan. Buku-buku ini telah direka khas dengan kulit yang berbeza warna untuk menarik minat si pembaca.

3. Teknik dorongan dan pujian

Iqra ini dijadikan mudah agar ia senang difahami dan pembaca Al-Quran menjadi yakin untuk belajar dari hari ke hari. Setiap muka surat diatur mengikut tahap mudah, agar semua orang dapat melepasinya dan layak mendapat pujian setiap kali mereka mambaca.

4. Talaqqi Musyafahah

Iqra’ ini telah memecahkan huruf demi huruf untuk dipelajari.Ini mengukuhkan lagi bacaan. Kerana guru mengaji cenderung untuk fokus mengajar setiap makhraj dengan betul apabila menggunakan kaedah iqra’ ini.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu

Pencapaian setiap pembaca bergantung kepada usaha dan kebolehan diri sendiri juga sokongan padu tenaga pengajar.

Yang cekap akan beralih kepada buku baru, yang kurang mahir akan teruskan pembacaan sehingga lancar.

6. Sistematik

Huruf-huruf di dalam buku Iqra’ sengaja disusun secara lengkap, sempurna dan terancang. Dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf tunggal. Seterusnya memperkenalkan huruf-huruf sambung,

Huruf yang dibaca dengan panjang, sehingga menjadi ayat-ayat yang lebih panjang dan bermakna. Struktur susunan huruf di dalam buku iqra’ ini cukup sistematik membuatkan ianya mudah difahami dan dibaca.

7. Komunikatif

Buku ini mesra kanak-kanak. Disusun secara rapi, dari mudah hingga ke tahap lebih tinggi secara berperingkat membuatkan kanak-kanak tidak takut untuk mencuba dan terus berusaha membaca.

Selain itu, kanak-kanak telah diperkenalkan dengan bacaan panjang dan pendek dari awal lagi. Ini membuatkan bacaan mereka lebih lancar ketika membaca Al-Quran kelak.

8. Fleksible dan Mudah alih

Boleh dibawa ke mana sahaja. Buku iqra’ ini nipis dan bersaiz buku poket membuatkan ia boleh dibaca di mana sahaja.

Tua atau muda. Ia sesuai untuk semua, tidak kira bangsa atau negara.

9. Menanam sifat keyakinan diri murid-murid dan membina kemahiran serta kepimpinan

Cara ini dilakukan dengan murid yang pandai akan membantu dan mengajar kumpulan murid yang lemah. Cara ini juga secara tidak langsung dapat mendidik kemahiran memimpin dan mempunyai sikap bertanggungjawab ke dalam diri murid-murid.
Secara tidak langsung, murid yang lemah juga lama-kelamaan akan berusaha supaya mereka dapat menjadi murid yang pandai.

10. Menambah perbendaharaan bahasa dengan cepat

Kaedah ini boleh juga menambah perbendaharaan bahasa dengan cepat samada huruf atau perkataan dengan cara menyambung huruf-huruf Hijāiyyah dengan yang lain seterusnya membentuk tulisan.

Tenaga Pembimbing/Pembantu

Untuk menjadikan pembacaan iqra’ lebih efektif, guru pembimbing perlu ada untuk setiap murid yang mahu belajar. Disarankan seorang guru untuk mengajar maksima 5-6 murid sahaja. Cara itu membuatkan guru dan murid lebih fokus dan cepat pandai belajar Al-Quran.

Latih tubi

Latihan demi latihan, itu adalah kunci kejayaan kaedah ini. Iqra’ dijadikan mudah dan ringan untuk diulang bacaan di mana sahaja. Iqra’ dicipta agar semua orang mampu membaca Al-Quran.

Teori tajwid tidak dimasukkan sekali di dalam buku-buku ini kerana tidak mahu mengelirukan pembaca. Apabila sudah tamat membaca semua buku-buku Iqra’, baru ilmu tajwid akan diajar untuk mengukuhkan lagi bacaan mereka.

Muat Turun Buku Iqra’ 1 Hingga 6 Sekarang

Buku Jilid 1

Buku Jilid 2

Buku Jilid 3

Buku Jilid 4

Buku Jilid 5

Buku Jilid 6

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda.

teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. terima kasih kerana memuat turun E-Book Iqra’ 1 hingga 6.

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More