Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Modul PdPR Bahasa Inggeris Tahun 1 hingga 6

Koleksi Modul PdpR Bahasa Inggeris Tahun 1 hingga 6 ini adalah perkongsian yang membantu guru – guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan teknologi. Di sini juga admin kongsikan kongsikan koleksi Modul PdPR Bahasa Inggeris yang membantu murid tanpa akses internet bagi murid tahun 1 hingga 6.

Sekiranya pada masa lalu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersemuka dari segi penyampaian dan penilaian berterusan. Norma baharu ini telah menyebabkan pemindahan semua pengetahuan dan penilaian, dan kaedah perkongsian dapat dilaksanakan secara dalam talian atau menggunakan modul.

Walaupun pada peringkat awal, kebanyakan murid, ibu bapa dan sebilangan pendidik, merasa sukar untuk menyesuaikan diri, kebanyakan kini akur belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Pelbagai kekangan, seperti masalah akses Internet dan peranti dihadapi. Kini guru juga menyediakan modul untuk kegunaan semua.

Modul pembelajaran perlu dirancang dan disusun untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid dan dilaksanakan dalam jangka masa yang sesuai. Modul pembelajaran yang dibangunkan harus mengandungi perkara – perkara yang berikut:

  1. Sasaran murid (Prasekolah / rendah / menengah)
  2. Tajuk atau tema modul
  3. Objektif pembelajaran berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
  4. Tempoh pelaksanaan aktiviti
  5. Penerangan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti
  6. Nota berstruktur berkaitan dengan tajuk modul
  7. Aktiviti yang relevan dengan topik PdP (contoh)
  8. Pentaksiran untuk mengukur penguasaan murid
  9. Modul pembelajaran ini diedarkan kepada murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ditetapkan
  10. Murid perlu menyerahkan hasil tugasan untuk disemak/ditaksir sebelum menerima modul pembelajaran seterusnya.

Isi Kandungan

Dapatkan Koleksi Modul PdPR Matematik

Memandangkan sesi PdPR akan bermula tidak lama lagi, sudah tentu persediaan telah bermula dari sekarang. Pastinya ramai guru yang akan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Boleh pilih contoh modul bersesuaian disini:

  1. Modul PdPR English Tahun 1
  2. Modul PdPR English Tahun 2
  3. Modul PdPR English Tahun 3
  4. Modul PdPR English Tahun 4
  5. Modul PdPR English Tahun 5
  6. Modul PdPR English Tahun 6

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda.

teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan koleksi bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More