Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM SUBJEK SEJARAH MENGIKUT NEGERI 2022

Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah mengikut negeri bagi Tahun 2022 telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh admin di bahagian PENDIDIKAN pada portal Tcerdotmy. Artikel ini bertujuan untuk membantu semua guru-guru, pelajar, serta ibu bapa di luar sana sebagai panduan dan rujukan tambahan untuk mengetahui koleksi terkini soalan-soalan percubaan SPM mengikut negeri khususnya.

Seperti yang kita maklum, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengemaskini tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) tahun 2022 yang akan dilaksanakan pada bulan Februari sehingga Mac tahun 2023 dan tarikh peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 adalah pada 20 Februari 2023 sehingga 15 Mac 2023. Oleh itu, dengan adanya portal ini, diharapkan ianya dapat membantu guru-guru, pelajar, serta, ibu bapa untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah

Isi Kandungan

Apa Itu Sejarah?

Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah

Sejarah adalah salah satu subjek yang menarik untuk dikaji dan dipelajari kerana ianya terkandung pelbagai peristiwa penting yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur pada hari ini. Bermula tahun 2013, mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus kepada semua calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini bermaksud jika pelajar gagal dalam mata pelajaran Sejarah, pelajar akan diberikan status gagal dalam pencapaian SPM. Oleh itu, setiap calon perlu berusaha bersungguh-sungguh mempelajari subjek ini bukan untuk melepasi peperiksaan sahaja malah untuk pengetahuan dan kepentingan kepada diri, masyarakat serta negara.

“Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya”, ungkapan kata-kata daripada tokoh falsafah George Santayana jelas menunjukkan betapa pentingnya untuk kita mempelajari sejarah. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu subjek yang wajib lulus bagi calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tepat. Hal ini supaya pelajar mengambil serius terhadap subjek ini dan menghayatinya demi kemaslahatan negara.

Bagi soalan peperiksaan mata pelajaran Sejarah, ada beberapa topik penting yang diramalkan akan muncul pada peperiksaan nanti. Admin akan kongsikan topik-topik yang berkenaan bersama point penting untuk rujukan pelajar. Justeru, berikut adalah antara topik yang diramalkan:

Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah

Topik ini adalah dari tingkatan 4 dan bab 9 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan yang menceritakan tentang peranan Suruhanjaya Perlembagaan ini dalam pembentukan sebuah negara. Topik ini juga menerangkan dengan jelas satu persatu apa yang telah dilakukan demi mencapai kesepakatan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, calon-calon SPM boleh membuat ulangkaji bagi topik ini supaya calon-calon SPM boleh jawab dengan baik ketika peperiksaan nanti.

Di samping itu, guru-guru, pelajar, serta ibu bapa juga boleh membaca koleksi-koleksi soalan percubaan SPM subjek-subjek yang diperlukan mengikut negeri sebagai rujukan tambahan untuk anak-anak sebelum menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah Mengikut Negeri 2022

Disini admin kongsikan Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah 2022 Mengikut Negeri untuk rujukan tambahan anda. Anda boleh menekan dan download soalan dan skema jawapan mengikut negeri pilihan yang diinginkan dalam jadual dibawah.

Negeri

Koleksi

Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah 2022

Terengganu

Soalan Dan Skema Jawapan

Kelantan

Soalan Dan Skema Jawapan

Selangor

Soalan Dan Skema Jawapan

Perak

Soalan Dan Skema Jawapan

Negeri Sembilan

Soalan Dan Skema Jawapan

Pahang

Soalan Dan Skema Jawapan

Perlis

Soalan Dan Skema Jawapan

Putrajaya

Soalan Dan Skema Jawapan

Melaka

Soalan Dan Skema Jawapan

Kuala Lumpur

Soalan Dan Skema Jawapan

Johor

  1. Soalan Dan Skema Jawapan Kluang
  2. Soalan Dan Skema Jawapan Kota Tinggi
  3. Soalan Dan Skema Jawapan Kulai
  4. Soalan Dan Skema Jawapan Skudai
  5. Soalan Dan Skema Jawapan Damai Jaya
  6. Soalan Dan Skema Jawapan Tangkak

Sabah

Soalan Dan Skema Jawapan

Sarawak

  1. Soalan Dan Skema Jawapan Sibu
  2. Soalan Dan Skema Jawapan Serian
  3. Soalan Dan Skema Jawapan Meradong

MRSM

Soalan Dan Skema Jawapan

SBP

Soalan Dan Skema Jawapan

Apa Teknik Menjawab Soalan Subjektif Sejarah SPM?

SUMBER DARIPADA: YOUTUBE SHAHIRAN S

Semoga dengan sedikit perkongsian daripada portal ini, ianya dapat memberi sedikit kemudahan khususnya kepada pelajar untuk membuat persedian yang rapi sebelum menjelang peperiksaan SPM nanti.

Apakah Koleksi Soalan Percubaan SPM Subjek Sejarah 2022 Mengikut Negeri ini dapat memberi manfaat dan membantu para guru, ibu bapa, serta pelajar? Jika ianya membantu anda, admin sangat mengharapkan jasa baik anda untuk memperluaskan info-info pada artikel ini kepada orang terdekat juga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More