Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kos Umrah 2023 Naik Melambung

Umrah 2023 merupakan wishlist ramai orang. Apabila tibanya tahun baru, semestinya azam dan matlamat baru akan disenaraikan. Pencapaian seperti Jejak Kaki Ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bagi umat Islam merupakan pencapaian terbesar dan harapan semua orang. Tidak tergambar betapa gembira dan syukurnya jika dapat melangkah kaki ke Mekah dan Madinan untuk menunaikan Umrah 2023, tahun ini.

umrah 2023

Namun begitu, berita awal tahun baharu mengenai umrah ini sedikit sebanyak mendukacitakan. Terutama pada orang yang kurang berkemampuan. Ini kerana Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) memaklumkan berlaku kenaikan mendadak harga bagi pakej umrah bagi jemaah yang ingin menunaikan ibadah itu ketika ini.

Menurut pihak yang terlibat secara langsung untuk segala urusan umrah ini, Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Mohd. Azri Abd Razak, perkara itu berlaku ekoran kenaikan mendadak kadar hotel di Mekah dan Madinah.

umrah 2023 mohd azri
Mohd Azri

Jelas beliau, kenaikan itu berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di kedua-dua kota suci pada masa ini.

Isi Kandungan

Kos Umrah 2023 Meningkat Selepas Pandemik

Jelas Mohd Azri lagi, kenaikan ini disebabkan peningkatan jumlah jemaah umrah dari seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih.

Kos meningkat itu bukan hanya kos hotel di Tanah Suci, tetapi melibatkan juga kos pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak.

umrah 2023
Kredit gambar: Sinar Harian

Mengulas lanjut, Mohd. Azri berkata, agensi pelancongan turut berdepan kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.

“Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.

“Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak Matta meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Mekah.” Jelas Mohd Azri lagi.

Dr Izhar Ariff Ulas Tentang Umrah 2023

Figura hebat Tanah Air, Dr Mohd Izhar Ariff yang baru pulang menunaikan ibadah umrah juga berkongsi berkaitan isu ini di media sosial facebook miliknya. Perkongsian beliau seperti:

..Kalau tidak kerana Masjidilharam, Makkah dan Masjib Nabawi, Madinah, saya yakin TIADA SIAPA nak ke SAUDI ARABIA.
  •  Saya baru pulang…Benar pihak hotel main harga hingga sanggup batalkan booking bagi mengambil harga tawaran yang lebih lumayan & tinggi…Makin melampau lagi apabila booking diambil daripada travel cash total kos, tapi apabila jemaah semua telah sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yg tidak menepati apa yg dijanjikan….
  • Teruk betul pengurusan Perhotelan di Arab Saudi sekarang…. !!
  • Mereka jadi sombong sebab tahu market tetap ada walaupun jemaah kena TIPU setiap hari…
  • Akhir kata, Semoga kita jumpa di Akhirat kelak wahai pak Arab…

    umrah 2023
    Dr Mohd Izhar Ariff

Penutup 

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan penuh hikmah bagi menjaga kepentingan umat Islam. Ramai yang berharap ada campur tangan dari kerajaan agar isu kenaikan kos umrah 2023 ini tidak berlanjutan. Bukan apa, kesian pada orang tua dan jemaah yang bakal pergi ke Umrah jika kos meningkat hingga lebih 400 peratus. Dan kesian juga pada pengusaha agensi pelancongan yang terlibat, tentunya kenaikan kos umrah 2023 ini sedikit sebanyak merencatkan perjalanan syarikat.

Namun, jika ada yang berhasrat ingin melakukan ibadah Umrah pada tahun ini sendiri tanpa menggunakan mana-mana agensi pelancongan, boleh rujuk 11 langkah-langkah ini:

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:

  1. Daftar log in – sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
  2. Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
  3. Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
  4. Maklumat tarikh expected arrival – jangkaan ketibaan
  5. Tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuk : (event, family & relatives, leisure, dan umrah)

6 langkah seterusnya boleh baca di artikel yang bertajuk DIY VISA UMRAH.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More