Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KPDNHEP Harap Lebih Banyak Kerjasama Francais Terjalin

Kerjasama Francais dan Pemain Industri Lain Perlu Dieratkan

kerjasama

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengharapkan lebih banyak kerjasama dapat dibentuk antara francaisor dengan francaisor, mahupun antara francais dengan pemain industri Iain.

Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid berkata, kerjasama dua jenama francais dalam sektor pendidikan yang semakin mengukuh iaitu Children Islamic Centre (CIC) dan Global Art misalnya, akan memberi kelebihan kepada kedua-dua jenama dalam banyak aspek.

“Gabungan antara dua francaisor besar seperti ini adalah manifestasi kepada hasrat kementerian untuk melihat lebih banyak kerjasama dibentuk antara francaisor yang diyakini berupaya mengoptimumkan penggunaan sumber dan memberi lebih manfaat kepada golongan sasar bagi kedua-dua francais.

“Kita yakin gabungan ini akan banyak membantu ke arah mencapai objektif kedua-dua jenama ini untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak negara ini.

“Kementerian akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada francaisor dan francaisi supaya industri francais dapat berkembang dengan Iebih maju dan sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis MoU antara Global Art & Children Islamic Centre (CIC) di Abedeen Clubhouse merangkumi gabungan untuk mempromosikan kedua-dua jenama serta kolaborasi dalam aktiviti pendidikan dan pengembangan minda kanak-kanak, di sini hari ini.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Bina Depo Hasil Getah RISDA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More