Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PM Umum Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Untuk Dewasa B40 Dan M40

Kredit e-Tunai RM100 akan diberikan kepada rakyat Malaysia dalam masa terdekat.

Kerajaan hari ini telah mengumumkan kelak akan menawarkan Kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Buat masa ini, medium pemberian kredit ini masih tidak dimaklumkan sepenuhnya lagi.

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Kredit e-Tunai RM100 Akan Ditawarkan Kepada Dewasa Golongan B40 Dan M40

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan Kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif Kredit e-Tunai RM100 kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-Tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Kredit e-Tunai RM100 

Sumber: Harian Metro

Sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan pemberian Kredit e-Tunai RM100 baharu ini dalam masa terdekat.

Diharapkan ini nanti dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More